PENAFIAN:


Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor / pakar perubatan bertauliah
mengenai kesihatan anda.

Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera.

Thursday, May 31, 2012

Awasi jangkiti HFMD

Ruam di tapak tangan juga adalah gejala akibat serangan penyakit HFMD. - Gambar hiasan

JANGAN cemas kerana penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) hanya menyerang kanak-kanak dan secara amnya ia tidak berbahaya," ulas Pakar Pediatrik, Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Azam Mohd. Nor ketika ditanya adakah penyakit HFMD merupakan penyakit yang berbahaya ketika ini.

Bagaimanapun beliau yang ditemui di kliniknya di Kuala Lumpur baru-baru ini turut menyatakan, penyakit itu tidak begitu berbahaya sekiranya ia dikesan pada peringkat awal.

Malah kebanyakan kes yang menyebabkan kematian disebabkan kelewatan membawa mangsa mendapatkan rawatan. Apabila lambat dirawat ia boleh menyerang otak atau saraf tunjang kanak-kanak tersebut.

Oleh yang demikian, sekiranya terdapat tanda-tanda seperti demam, batuk dan selesema yang diikuti dengan ulser di tangan, kaki dan dalam mulut, pesakit hendaklah segera dibawa berjumpa doktor.

Ini kerana, penyakit yang mudah merebak melalui air liur, sentuhan dan juga najis itu merupakan penyakit berjangkit yang mampu dan mudah merebak dalam tempoh amat singkat.

Jelas Dr. Azam, HFMD merupakan demam virus yang disebabkan dua jenis virus utama iaitu coxsackie dan enterovirus.

Tambah beliau, antara kedua-dua virus tersebut, HFMD lazimnya disebabkan oleh coxsackie dan ia biasanya menyerang kanak-kanak yang berumur 10 tahun ke bawah.

Meskipun penyakit ini boleh dikategorikan sebagai tidak begitu berat, namun ia boleh mencapai tahap wabak.

Manakala kematian selalunya berlaku ke atas kanak-kanak yang mengalami kehilangan air dalam badan ekoran penyakit tersebut.

Pada masa yang sama, kes kematian akibat penyakit itu juga disebabkan oleh enterovirus 71 yang berpunca daripada manusia.

Selain itu, Dr. Azam menyatakan bahawa HFMD bukan hanya berjangkit menerusi kanak-kanak tetapi ia juga boleh berlaku antara kanak-kanak dengan orang dewasa.

"Orang dewasa yang membawa virus ini mungkin tidak mengalami sebarang simptom HFMD atau demam. Namun mereka masih boleh membawa jangkitan tersebut kepada kanak-kanak.

"Oleh itu, orang dewasa perlu terlebih dahulu menjaga kebersihan diri dengan mengikut langkah-langkah perlu sebelum menyentuh, mencium atau memegang anak-anak mereka," katanya.

Walaupun jangkitan penyakit ini masih terkawal ketika ini tetapi kata Dr. Azam, aspek kebersihan perlu diberi perhatian bagi mengelak ia merebak lebih teruk.

Katanya, walaupun tidak semua orang akan mendapat penyakit ini tetapi setiap individu pastinya akan 'diserang' penyakit itu sekali seumur hidup.

--- UTUSAN MALAYSIA

Monday, May 28, 2012

Ramai Penjawat Awam Tidak Mampu Miliki Rumah Sendiri - Cuepacs

Gambar - adriabdullah.wordpress.com

MACHANG, 27 Mei (Bernama) -- Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendapati kira-kira 60 peratus penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan, terutama di Lembah Klang, tidak mampu memiliki rumah sendiri.

Setiausaha Kewangan Cuepacs, Jaapar Mansor berkata fenomena itu akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu, termasuk mengurangkan kadar faedah pinjaman dan menaikkan gaji kakitangan awam terbabit.

"Kadar faedah pinjaman perumahan 4 peratus yang dikenakan institusi kewangan ke atas penjawat awam pada masa ini wajar diturunkan kepada 1 peratus," katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Beliau tidak menolak kemungkinan penjawat awam yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan hanya mampu menyewa atau memiliki rumah kos rendah bertaraf Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Jaapar yang juga Pengerusi Cuepacs Selangor berkata, saranan supaya kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan itu adalah antara tuntutan yang pernah dikemukakan kongres itu kepada kerajaan sebelum ini.

"Walaupun ia bukan merupakan tuntutan utama Cuepacs, namun ia akan terus diperjuangkan oleh penjawat awam melalui kongres itu," katanya .

Kongres itu juga sedang melancarkan gerakan mengesan penjawat awam yang belum memiliki rumah di seluruh negara untuk dijadikan garis panduan untuk tindakan yang akan diambil demi kebajikan anggotanya.

Sementara itu, beliau berkata Cuepacs mahu kerajaan mempercepatkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Mengkaji Skim Gaji dan Elaun Penjawat Awam seperti yang diumumkan Perdana Menteri 8 Mac lepas.

Kongres juga akan terus mengadakan gerakan penerangan kepada anggotanya ke seluruh negara mengenai peluang yang dinikmati mereka melalui penambahbaikan Skim Saraan Baru (SSB).

-- BERNAMA

Sunday, May 27, 2012

Tiroid jadi masalah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjmVVj8-z_s7lxievx1jDAShY-GBBMoEDL7vFD-swNIE0D1nEX8aaL2dWyYajtaldI0WsVQlXvu3Kvlh1MKaiyW0nUIyQEbQ53vAU4GNLJSgqJ-P8m9AiCWEzqqXxXbbEWfvP8REDlOwg/s1600/tiroid.jpg

SIKAP isterinya yang panas baran memeningkan kepala si suami. Setiap kali pulang ke rumah, ada saja yang tidak kena.

Apa yang jelas selepas keguguran empat bulan lalu, keadaan isterinya semakin buruk. Sebagai suami dia makin buntu.

Akhirnya dia membawa isterinya ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Ujian darah yang dilakukan mendapati kandungan tiroid dalam darah isterinya lebih 100 berbanding normal 11 hingga 23.

Doktor memberikan isterinya ubat untuk menurunkan kandungan hormon tiroid di dalam darah.

Tidak lama kemudian, isterinya hamil semula dan melahirkan anak yang comel dan sihat.

Apabila menyebut penyakit tiroid, kita tentu akan terbayangkan bahagian leher yang membengkak dengan tubuh yang kurus dan mata terjojol seperti mata ikan.

Pakar Runding Pembedahan Am Pusat Perubatan Taman Desa, Kuala Lumpur, Dr. Nanda Kumar Rajendram berkata, mereka yang menghidap penyakit berkaitan dengan tiroid biasanya cepat marah, panas baran dan tidak fokus.

"Kelenjar tiroid secara anatominya terbahagi kepada dua seakan-akan rama-rama dan terletak di bahagian hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan," katanya.

Menurut Dr. Nanda, kelenjar tiroid mengeluarkan dua jenis hormon iaitu tiroksin atau T4 dan triiodotiroksin atau T3.

MengawalKedua-dua hormon berkenaan mengawal kadar perjalanan kebanyakan fungsi badan yang dipanggil metabolisma.

"Apabila hormon berkenaan meningkat, metabolisma badan juga meningkat dan begitulah sebaliknya akan berlaku jika hormon terbabit dikurangkan.

"Metabolisma yang tinggi menyebabkan pesakit berasa panas, cepat marah dan kurang fokus manakala jika metabolisma rendah, pesakit kurang bermaya sehingga berat badan meningkat," katanya.

Justeru kelenjar tiroid dengan hormon T3 dan T4 membantu fungsi badan pada kadar yang selamat dan berkesan.

Dr. Nanda berkata, kawalan kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak, melalui hormon perangsang tiroid.

Apabila hormon tiroid terlalu banyak, penyakit hipertiroidisma berlaku dan sekiranya hormonnya sedikit, pesakit menghidapi hipotiroidisma.

Menurut Dr. Nanda, penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir kesemua bahagian badan dan ketidakseimbangannya membahayakan kesihatan.

"Sebenarnya penyakit tiroid lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita berbanding lelaki.

"Penyakit ini juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Rawatan untuk penyakit ini bagaimanapun selamat serta mudah," katanya.

Menurut Dr. Nanda, terdapat ujian, pemeriksaan dan rungutan pesakit atau orang sekeliling yang boleh digunakan untuk mendiagnosis penyakit tiroid.

"Selain itu pesakit juga mungkin akan menghidap penyakit-penyakit lain susulan daripada perjalanan fungsi kelenjar tiroid yang tidak teratur.

"Leher perlu diperhatikan kerana kelenjar tiroid akan bergerak dengan tindakan menelan. Jika dipegang, boleh dirasai bentuk kelenjar dan juga pergerakannya dengan menelan," katanya.

DiperiksaKulit dan mata juga boleh diperiksa di samping suhu badan serta berat badan boleh diamati untuk memastikan masalah kelenjar tiroid.

Penyakit hipotiroidisma berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi secara optimum sehinggakan hormon-hormon tidak dikeluarkan secukupnya.

Selain itu, ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid yang berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisma.

Biasanya, jelas Dr. Nanda, penyakit hipotiroidisma disebabkan oleh radangan pada kelenjar tiroid, dipanggil tiroiditis.

Penyakit berkenaan juga dikenali sebagai penyakit Hashimoto iaitu sejenis penyakit autoimun merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid.

Akibatnya, otak mengeluarkan isyarat melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid bekerja dengan lebih kuat.

Akhirnya, kelenjar tiroid membesar dan dipanggil sebagai benguk. Lama-kelamaan, kelenjar tiroid tidak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan.

"Ujian paras darah hormon tiroid akan dilakukan untuk mengesahkan yang anda sememangnya menghidapi hipotiroidisma.

"Sekiranya paras hormon adalah normal, mungkin pesakit mempunyai penyakit lain dan ujian lanjutan mungkin diperlukan," katanya.

--- UTUSAN MALAYSIA

Mengenal bakteria antraks

ANTRAKS kulit ini berlaku apabila bakteria Bacillus anthracis masuk melalui luka pada kulit.


Oleh NAJIBAH HASSAN


BERMULA dengan kematian pengarang akhbar tabloid pasar raya The Sun, Robert Stevens, 63, yang berpejabat di Florida, Amerika Syarikat (AS) pada 5 Oktober lalu akibat dijangkiti antraks, penyakit ini secara tiba-tiba mendapat perhatian dunia dalam sekelip mata.

Kebimbangan terhadap wabak antraks semakin memuncak di AS apabila seorang demi seorang mangsa antraks disahkan positif.

Wabak antraks yang dikaitkan dengan serangan berani mati di New York dan Washington pada 11 September lalu dikatakan menjadi senjata biologi yang efektif untuk membunuh ramai manusia.

Ketakutan terhadap penyakit ini semakin menjadi-jadi apabila spora bakteria antraks disebarkan dalam bentuk serbuk dan diposkan kepada mereka yang berkenaan.

Pakar Perunding Mikrobiologi, Jabatan Mikrobiologi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Madya Dr. Nordiah Awang Jalil berkata, antraks merupakan senjata biologi yang amat berkesan kerana ia boleh menyebabkan maut kepada sesiapa yang mendapat jangkitan bakteria itu terutama jangkitan pernafasan.

Menurut beliau, spora yang dihasilkan oleh bakteria antraks disifatkan sebagai pembunuh senyap ini dijadikan dalam bentuk serbuk dan boleh disebarkan ke udara.

``Serbuk ini akan disebarkan melalui semburan roket atau bom di udara tanpa dapat dikesan kerana ia tidak menghasilkan warna, bau dan rasa,'' katanya.

Antraks merupakan sejenis penyakit yang disebabkan bakteria Bacillus anthracis yang biasanya menjangkiti haiwan herbivour iaitu yang memakan rumput seperti kambing, lembu, kuda dan unta.

Bakteria ini menghasilkan spora yang boleh bertahan lama dalam tanah dan di persekitaran.

Bagaimanapun, antraks jarang berlaku kepada manusia dan tularan daripada seorang manusia kepada manusia lain tidak berlaku.

``Bagaimanapun, seseorang itu boleh mendapat jangkitan antraks sekiranya mereka terdedah kepada haiwan yang mendapat jangkitan tersebut atau terhidu udara yang mengandungi spora antraks.

Catatan sejarah terawal mengenai antraks ditemui pada 1491 Sebelum Masihi (BC) yang diklasifikasikan sebagai bencana kelima di Mesir apabila penyakit ini membunuh banyak lembu.

Pada pertengahan abad 1800, antraks industri ditemui di negara-negara Eropah seperti England dan Jerman.

Wabak terakhir yang menjangkiti manusia berlaku pada tahun 1979 di bahagian tengah utara Rusia.

Dr. Nordiah memberitahu, antraks menjadi senjata biologi yang paling berkesan dan amat digeruni kerana organisme ini menghasilkan spora yang boleh bertahan berdekad-dekad lamanya.

Dengan sifatnya yang tahan lasak, spora tersebut boleh hidup dalam apa juga keadaan yang ekstrem sama ada terlalu panas atau sejuk.

Bagaimanapun, spora ini boleh dihapuskan dengan suhu pensterilan iaitu proses menghapuskan segala jenis kuman.

Pensterilan ini akan menggunakan suhu yang tinggi (hot air oven) iaitu 160 darjah centigred selama dua jam.

Selain itu, spora Bacillus anthracis juga boleh dihapuskan dengan menggunakan mesin autoklaf yang digunakan untuk mensterilkan peralatan yang digunakan untuk pembedahan dengan menggunakan wap panas dengan suhu 121 darjah centigred selama 15 minit.

Kedua-dua kaedah ini dapat membunuh segala bentuk bakteria termasuk spora.

Dr. Nordiah memberitahu, antraks yang menjangkiti manusia boleh berlaku dalam tiga bentuk iaitu:

Antraks kulit
Antraks jenis ini berlaku apabila Bacillus anthracis masuk melalui luka pada kulit.

Bakteria ini akan masuk pada bahagian kulit yang terdedah seperti muka, leher dan tangan.

Gejalanya timbul dalam masa satu hingga tujuh hari di mana individu terbabit mengeluh dengan kulit merah yang gatal tetapi tidak sakit seperti gigitan serangga.

Bahagian kulit di mana bakteria tersebut masuk kemudiannya menjadi lesi merah yang gatal tetapi tidak sakit.

Beberapa hari kemudian, ia akan pecah menjadi ulser di mana terdapat tompokan hitam pada bahagian tengahnya.

Bagaimanapun, lesi ini biasanya berlaku pada satu bahagian tubuh yang terdedah seperti muka, leher dan lengan.

Namun bakteria tersebut boleh masuk ke dalam saluran darah yang mengakibatkan individu terbabit mengalami keracunan darah (septicemia).

Kesannya, mangsa boleh mengalami pengsan, pendarahan dan akhirnya kematian akibat tindakan toksin yang dihasilkan oleh bakteria Bacillus anthracis.

Antraks pernafasan
Antraks jenis ini merupakan antraks yang paling berbahaya jika ia terhidu di udara.

Ia boleh terhidu melalui proses mengetam bulu atau kulit haiwan yang mendapat jangkitan.

Pada masa kini, Bacillus anthracis yang digunakan sebagai senjata biologi mengakibatkan sporanya dihidu di udara.

Gejalanya timbul agak cepat antara satu hingga tiga hari selepas spora antraks terhidu.

Namun, gejalanya sukar dikesan kerana ia menyerupai penyakit-penyakit jangkitan virus seperti selesema, rasa letih dan demam ringan.

Individu terbabit akan sembuh dalam tempoh sementara waktu, tetapi kemudiannya mengalami kesukaran bernafas, sakit dada, pengsan dan akhirnya meninggal dunia.

Antraks pernafasan merupakan penyakit yang paling kerap mengakibatkan kematian.

Antraks usus
Antraks usus merupakan antraks yang jarang berlaku, tetapi ia juga boleh mengakibatkan kematian.

Ia biasanya terjadi sekiranya seseorang termakan daging yang tercemar dengan spora antraks.

Gejalanya juga menyerupai mereka yang mengalami keracunan makanan seperti:

-Loya

-Muntah

-Sakit perut

-Cirit-birit

Diagnosis
Diagnosis antraks boleh dilakukan dengan mengkultur spesimen daripada pesakit seperti mengambil contoh spesimen daripada lesi kulit, darah dan kahak.

Ujian darah pesakit juga boleh dilakukan untuk mengesan antibodi spesifik dengan menggunakan mesin asai enzin imun.

Bagaimanapun, ujian ini hanya boleh dimanfaatkan jika penyakit antraks di peringkat lanjut.

Rawatan
Antraks boleh dirawat dengan pemberian antibiotik.

Bagaimanapun, ia perlu diberi secepat mungkin kerana gejala antraks disebabkan oleh toksin yang dihasilkan oleh bakteria Bacillus anthracis boleh mengakibatkan pembengkakan, renjatan dan kematian.

Kelewatan memberi rawatan mengakibatkan antibiotik menjadi kurang berkesan.

Bakteria yang masuk ke dalam darah akan menyerang pembuluh darah, mengakibatkan tubuh gagal berfungsi dan akhirnya membawa maut.

Sehubungan itu, dalam keadaan ancaman serangan antraks dan kemungkinan terdedah dengan ancaman ini, rawatan profilaksis antibiotik boleh diberikan selama individu terbabit terdedah dengan organisma tersebut.

Rawatan profilaksis akan diberi kepada individu terbabit sebelum mendapat sebarang gejala. Langkah ini bertujuan untuk mencegah apabila terdedah dengan penyakit tersebut.

Pencegahan
Pencegahan antraks boleh dilakukan dengan memberi suntikan vaksin antraks di mana tiga dos pertama diberi setiap selang dua minggu.

Manakala tiga dos berikutnya akan diberi selang enam bulan.

Bagi melengkapkan keenam-enam dos ini, ia mengambil masa sehingga satu tahun setengah.

Pada masa yang sama, individu terbabit memerlukan suntikan lanjutan (booster) setiap tahun bagi memastikan tubuh dapat menghasilkan antibodi yang cukup bagi mengelakkan serangan bakteria ini.

Individu yang memerlukan
Individu yang disyorkan mengambil vaksin ini terdiri daripada pakar veterinar yang bekerja di kawasan endemik, angkatan tentera yang dihantar ke kawasan yang terdedah dengan serangan biologi dan kakitangan makmal yang mengendalikan kerja-kerja berkaitan dengan organisma ini. - Alamat e-mel Kesihatan Mingguan ialah kesihatan@utusan.com.my

--- UTUSAN MALAYSIA

Antraks dan senjata biologi

gambar www.foreignpolicy.com


Oleh RAMLI ABDUL KARIM


KEMUNCULAN bakteria antraks ketika dunia sedang menyaksikan peperangan Amerika Syarikat (AS) - Afghanistan (Taliban) telah mencetuskan satu lagi kebimbangan antarabangsa iaitu kemungkinan ancaman serangan biologi.

Kebimbangan itu bukan saja tertumpu di AS iaitu di mana `serangan' bermula, malah menular ke beberapa negara.

Ini termasuklah Afrika Selatan, Australia, Belgium, Brazil, China, Israel, Jepun, Jerman, Korea Selatan, New Zealand, Perancis dan Rusia.

Menurut laporan, jangkitan antraks pada pernafasan yang mengakibatkan kematian di AS baru-baru ini adalah yang pertama di negara itu sejak 1978.

Manakala di Britain, hanya empat kes jangkitan bakteria pembunuh itu dilaporkan sejak 1990.

Pada 1979, kelengkapan tentera Soviet Union secara tidak sengaja telah melepaskan spora aerosol antraks menyebabkan sekurang-kurangnya 79 orang dijangkiti dan 68 daripadanya menemui maut.

Kumpulan pengganas Jepun, Aum Shinrikyo, pernah menggunakan aerosol antraks di Tokyo tidak kurang lapan kali.

Bagaimanapun ketika itu, serangan senjata biologi tersebut tidak menyebabkan sebarang jangkitan kepada penduduk.

Tetapi dalam kes terbaru, sejurus kematian mangsa pertama, Robert Stevens, 63, iaitu pengarang berita akhbar tabloid pasar raya The Sun di Florida, AS, dunia mula berasa cemas.

Stevens meninggal dunia 5 Oktober, sehari selepas disahkan dijangkiti antraks. Beliau dijangkiti antraks melalui sistem pernafasannya.

Pihak Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menegaskan, penyebaran bakteria pembunuh itu didakwa sebagai perbuatan terancang manusia.

Ia berikutan keputusan ujian dan siasatan terhadap mangsa mendapati penyebaran bakteria dalam bentuk serbuk itu dilakukan menerusi surat yang dikirim kepada mereka.

Surat pertama yang disyaki mengandungi antraks dikesan pada 18 September. Sepucuk surat yang mengandungi ancaman kepada AS telah dialamatkan kepada penyampai rangkaian televisyen NBC, Tom Brokaw.

Ia dihantar dari Trenton, New Jersey ke ibu pejabat NBC di New York dan diterima oleh NBC pada 25 September. Sampul surat itu yang tidak mempunyai alamat pengirim, mengandungi serbuk coklat.

Kiriman surat itu menggemparkan AS apabila beberapa pekerja di syarikat rangkaian NBC mengalami sakit dengan tanda-tanda dijangkiti antraks.

Pada 13 Oktober lalu, ujian terhadap surat kepada Brokaw itu disahkan positif antraks.

Pada hari yang sama, di Nevada, sepucuk surat yang didakwa dihantar dari Malaysia kepada Microsoft didapati positif antraks.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Malaysia mendakwa surat itu sebenarnya dihantar oleh Microsoft ke Malaysia dan dikembalikan semula selepas alamat penerima tidak dapat dikesan.

Bermula dari surat kepada Brokaw, satu demi satu kes penemuan serbuk putih atau penerimaan surat mencurigakan telah dikaitkan dengan antraks. Ia dilaporkan setiap hari di seluruh dunia.

Di England misalnya, beratus-ratus orang dipindahkan dari Gereja Canterbury selepas seorang pekerja memberitahu, beliau melihat seorang lelaki menggugurkan serbuk putih.

Pekerja memakai pakaian perlindungan kimia terpaksa dipanggil membersihkan serbuk tersebut dan mengambil sampel untuk dianalisis.

Di Korea Selatan pula, pekerja pos dimestikan memakai sarung tangan dan penutup mulut ketika mengendalikan surat, bagi mengelak sebarang bentuk sentuhan dengan bakteria tersebut.

Di samping itu mereka menyediakan topeng gas dan kelengkapan kecemasan lain sebagai langkah berjaga-jaga.

Keadaan seperti ini yang dilaporkan oleh media pada setiap hari menambahkan lagi kebimbangan orang awam bahawa terdapat kemungkinan serangan senjata biologi sedang dilancarkan oleh pihak tertentu.

Bakteria antraks turut dikaitkan oleh AS dengan serangan berani mati pengganas di New York dan Washington pada 11 September lalu.

Malah ia dikatakan menjadi senjata biologi yang efektif untuk membunuh ramai manusia, jika disebarkan secara berleluasa.

Tetapi, sejauh mana penggunaan senjata biologi menggunakan antraks memenuhi matlamat penyerangnya untuk membunuh manusia, masih samar-samar.

Ini kerana, saintis di John Hopkins University, Dr. Calvin Chue dilaporkan berkata, hanya satu peratus daripada pesakit yang dirawat mati disebabkan jangkitan antraks.

Manakala, 80 peratus daripada mereka yang terdedah dengan antraks terselamat walaupun mereka langsung tidak menerima rawatan.

Bagi menyediakan spora antraks pula memerlukan pakar biologi untuk melakukannya. Ini kerana bakteria perlu diproses untuk dijadikan dalam bentuk spora dan bebas habuk serta kotoran.

Dalam pada itu, bagi penyedutan antraks oleh bakal mangsa, antara 8,000 dan 35,000 spora diperlukan oleh pembikin senjata biologi dan ia sukar dilakukan.

Pun begitu, berbanding dengan senjata nuklear yang memerlukan kelengkapan besar dan kos tinggi, senjata biologi boleh dihasilkan dari mana-mana makmal di seluruh dunia dengan pembiayaan kecil dan mudah dilakukan.

--- UTUSAN MALAYSIA

Wajib flos setiap hari

Membanteras plak adalah proses sepanjang hayat dalam penjagaan mulut sempurna.

TAHUKAH anda 54 peratus rakyat Malaysia tidak tahu apakah itu plak dan majoriti (sehingga 95 peratus) tidak menyangka plak adalah punca utama masalah gigi? Jadi, apakah plak?

Plak adalah selaput melekit tidak berwarna dan dihasilkan bakteria yang sentiasa terbentuk pada permukaan gigi. Air liur, makanan dan cecair bergabung menghasilkan selaput ini yang melekat pada gigi serta di antara permukaan gigi dan gusi.

Pembentukan plak boleh menyebabkan gigi kotor dan juga faktor utama penyakit gusi.

Membanteras plak adalah proses sepanjang hayat dalam penjagaan mulut sempurna. Plak juga mampu menyebabkan kaviti yang akan melemahkan gigi.

Plak mampu terbentuk pada gigi empat hingga 12 jam selepas memberus.

Justeru penting untuk memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan menggunakan flos setiap hari. Memberus gigi sahaja tidak mencukupi. Pastikan anda menggunakan flos setiap hari untuk membersihkan kawasan yang sukar dicapai terutamanya di celah-celah gigi bagi membanteras plak.

TartarTartar atau juga dikenali kalkulus, adalah selaput berkerak yang akan memerangkap kotoran dan menyebabkan gigi bertukar warna. Kalsium dan fosfat kemudian bergabung untuk membentuk kerak kristal pada gigi.

Kalsium fosfat ini kemudian akan mengeras dengan plak dan membentuk kalkulus. Terdapat bahan kimia tertentu dipanggil pirofosfat membantu mengurangkan pembentukan kalkulus dengan menghentikan pertumbuhan kristal pada permukaan gigi dan menghalang kristal baru daripada terbentuk.

Tartar membentuk ikatan kuat yang hanya mampu ditanggalkan oleh pengamal pergigian profesional.

Pembentukannya juga mungkin menyebabkan sukar untuk menanggalkan bakteria plak dan seterusnya meningkatkan potensi masalah besar pada masa depan.

PencegahanPlak dan tartar tidak bertindak dengan cara yang sama kepada semua orang. Setiap individu berbeza terhadap cara mereka mendapat dan menentang jangkitan.

Untuk kebanyakan kita, selaput akan terbentuk dengan pantas apabila usia semakin meningkat. Ini bermakna, semakin kita tua, semakin kerap kita harus memantau kesihatan gigi kita.

Selain itu, kita perlu mengelakkan pembentukan plak dan tartar dengan mengubah cara kita menjaga kesihatan gigi.

Pertama, pilih berus gigi yang betul.

Misalnya, berus Oral-B Cross Action Pro-Health membantu menanggalkan sehingga 99 peratus plak dengan berus bersudut CrissCross.

Berus Power Tip pula membantu membersihkan kawasan yang sukar dicapai dan lembut pada enamel dan gusi.

Dengan penggunaan yang kerap, ia telah terbukti secara klinikal membantu menanggalkan lebih banyak plak berbanding berus gigi biasa dengan bantuan berus CrissCross yang bersudut pada 16 darjah bagi menentang plak.

Kedua, dengan membersihkan gigi secara profesional setiap enam bulan atau lebih kerap seperti yang disarankan doktor gigi.

Sekiranya anda tidak menanggalkan plak daripada gigi dengan menggunakan flos dan memberus gigi, anda meningkatkan risiko pembentukan kaviti.

Kaviti adalah lubang kecil yang terbentuk pada gigi yang reput akibat kurangnya penjagaan.

Sekiranya anda mempunyai gigi, tidak kira usia anda, kaviti mampu terbentuk.

Ia adalah masalah gigi yang sering ditemui di seluruh dunia. Namun, penjagaan gigi yang sempurna termasuk penggunaan flos yang betul dapat membantu menghalang pembentukan kaviti.

Sekiranya anda tidak menghiraukan kaviti untuk waktu yang panjang, ia akan menjadi lebih besar dan menyebabkan sakit gigi. Sekiranya anda tidak mendapatkan rawatan tampalan dengan doktor gigi, kaviti akan membawa kepada jangkitan dan anda mungkin akan kehilangan gigi atau mendapat jangkitan yang teruk.

MengawalCegah kaviti dengan mengawal pembentukan plak melalui rutin memberus gigi dua kali sehari dan dengan menggunakan flos setiap hari.

Pilih berus gigi dan produk flos yang anda suka agar anda gemar menggunakannya setiap hari.

Jangan lupa menjadualkan pemeriksaan gigi dengan doktor gigi untuk pembersihan profesional dan mengenal pasti sebarang masalah sebelum menjadi serius.

--- UTUSAN MALAYSIA

Paru-paru bernanah


ASMA dan selesema berisiko menyebabkan jangkitan virus pembawa pneumonia.


PELAWAK terkenal, Allahyarham Bob Kuman atau Husni Mohd. Rawi, 41, meninggal dunia baru-baru ini kerana dipercayai menghidap masalah paru-paru berair.

Pakar Perunding Perubatan Pernafasan dan Perubatan Am, Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Sundari K. Ampikaipakan menjelaskan, penyakit paru-paru berair atau pneumonia boleh menyebabkan batuk, demam dan kesukaran bernafas.

Tambahnya, punca utama jangkitan penyakit pneumonia dalam kalangan masyarakat adalah disebabkan bakteria yang dikenali sebagai Klebsiella pneumonia atau Streptococcus pneumonia.

Sundari menjelaskan, pesakit yang dijangkiti pneumonia peringkat sederhana akan bertambah baik dan pulih dalam tempoh tiga hingga lima hari selepas dirawat dengan antibiotik.

“Keletihan dan batuk ringan boleh berkekalan selama enam minggu tetapi pesakit boleh memulakan aktiviti harian seperti biasa dalam tempoh seminggu.

“Begitupun, pesakit yang memerlukan rawatan hospital selalunya akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih,” ujarnya.

Tambah Sundari, pneumonia boleh menjadi semakin buruk bagi pesakit yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi.

Antara risiko tersebut ialah pengumpulan cecair pada paru-paru dan lapisan dalam dinding dada yang boleh dijangkiti.

Selain itu, katanya, pengumpulan nanah di kawasan paru-paru yang dijangkiti pneumonia selalunya memerlukan rawatan antibiotik berterusan manakala pembedahan membuang nanah merupakan langkah terakhir.

Dalam pada itu, Sundari berkata, jangkitan paru-paru juga mampu merebak kepada organ dalaman yang lain.

Ditanya apakah seseorang pesakit pneumonia berisiko untuk menemui ajal, Sundari menjelaskan, kebanyakan pesakit akan sembuh daripada radang paru-paru. Begitupun, antara 5 hingga 10 peratus mangsa mempunyai risiko maut khususnya bagi golongan yang berusia lebih 65 tahun.

“Golongan ini selalunya kekurangan gizi disebabkan faktor usia atau kurang akses pada makanan.

“Selain itu, mereka yang mempunyai penyakit paru-paru seperti asma, kuat merokok, bronkitis kronik atau emfisema, sejarah diabetes dan penyakit jantung juga mempengaruhi jangkitan pneumonia,” ujarnya.

Tambah beliau, kebanyakan pesakit akan pulih sepenuhnya tetapi mereka selalunya akan mengalami kepenatan serta keletihan untuk beberapa bulan.

Jangkitan itu turut meninggalkan parut kekal dalam paru-paru yang mungkin memberi kesan jangka panjang seperti hilang keupayaan fungsi paru-paru. 

Sundari menambah, antibiotik menjadi kunci rawatan pneumonia dan kebanyakan pesakit boleh dirawat dari rumah dengan antibiotik jenis tablet.

Beliau menjelaskan, walaupun menghidap penyakit paru-paru berair, pesakit selalunya tidak ditegah untuk meminum air dalam jumlah yang banyak. 

“Susah untuk mencegah jangkitan pneumonia tetapi amalan kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau pencuci tangan berasaskan alkohol boleh membantu mengurangkan serangan pneumonia .

“Sentuhan turut menyumbang jangkitan pneumonia, justeru menutup mulut dan hidung setiap kali batuk atau bersin boleh membantu mengekang penularan pneumonia,” katanya.

Beliau menambah, pneumonia tidak hanya menyasarkan warga tua.

“Ia sebenarnya boleh menjejaskan mana-mana kumpulan umur,” katanya.

--- KOSMO

Pelajar universiti jual benih

IDEA bank sperma pernah menimbulkan polemik di Malaysia pada lebih lima tahun lalu sedangkan bank seperti itu telah lama beroperasi di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Bank itu popular dalam kalangan wanita bujang atau pasangan yang gagal mendapatkan zuriat sendiri.

Mereka boleh membeli sperma seperti membeli baju dengan memilih jenis air mani berasaskan etnik, bentuk fizikal, latar belakang pendidikan dan kesihatan penderma.

Hakikatnya isu itu belum ada kesudahannya. Tiada undang-undang yang digubal khusus untuk menangani masalah itu.

Bukan setakat menjual sperma, ovum wanita juga popular di seluruh dunia. Ia melibatkan urus niaga yang mencecah berbilion dolar setahun.

Baka manusia itu boleh dibeli dengan mudah sehingga mencecah harga RM100,000 sebotol, bergantung pada siapa si pendermanya.

Golongan penderma wanita yang menjadi sasaran firma kesuburan pula ialah pelajar universiti khususnya wanita berketurunan Asia.

Puncanya, golongan itu mudah dipujuk atas desakan wang, kos pengajian yang tinggi di samping keinginan untuk hidup mewah.

Seorang wanita yang mengaku menjual ovumnya, Kline, berkata jual beli itu ibarat satu pelaburan yang menguntungkan.

Dia yang berketurunan Cina-Vietnam mendakwa telah tiga kali terlibat dalam proses itu dengan memberikan ovumnya kepada sebuah agensi pembekal ovum di California, AS.

Kline memperoleh bayaran hampir RM100,000 untuk semua urus niaga itu.

"Mereka mengatakan banyak keluarga yang sukakan ovum wanita Asia," kata pelajar sebuah kolej di AS yang berumur 26 tahun ini.

Natasha, seorang imigran Rusia yang bekerja di sebuah klinik di Cyprus juga terlibat dengan kegiatan menjual ovum.

Katanya, dia berhijrah ke Cyprus setelah berkenalan dengan teman lelakinya melalui internet.

Malangnya, pengorbanannya itu tidak berbalas. Mereka akhirnya berpisah. Natasha hidup seperti pelarian di Cyprus. Dia tiada visa dan tempat tinggal, malah tiada pekerjaan.

"Mujur saya cantik dan sihat menyebabkan ovum saya bernilai," katanya yang meraih kira-kira RM50,000 untuk urus niaga itu.

Carmen Pislaru, seorang wanita dari Romania yang bekerja di Cyprus pula mendakwa kesempitan hidup selepas melahirkan anak keempat sebagai punca dia terjebak.

"Doktor bertanya adakah saya ingin menjual ovum. Dia seakan-akan mengetahui saya tertekan gara-gara tidak mampu membayar kos perubatan.

"Seminggu selepas memikirkannya, saya menerima tawaran itu dengan bayaran RM8,000," ceritanya yang tidak menyesali tindakannya itu.

Satu kes unik di Sepanyol pula melibatkan seorang imigran dari Chile, Nicole Rodriguez yang menyambung pengajian di negara itu.


AKTIVITI menjual sperma dan ovum menggalakkan pertambahan golongan gay dan lesbian.


"Saya baru memasuki sebuah kolej di Sepanyol. Peraturan di negara itu tidak membenarkan saya bekerja sambilan, jadi menjual ovum ialah cara mudah untuk mendapatkan wang," tutur Rodriguez.

Ceritanya, musim sejuk membantunya kerana kulitnya yang berwarna hitam menjadi agak putih.

"Selepas menjalani proses yang memenatkan itu, di tepi bantal saya terdapat sampul surat yang agak tebal berisi wang.

"Saya seperti seorang pelacur yang mendapatkan ganjaran dengan menjual tubuh," katanya.

Bayaran RM6,000 itu lebih daripada mencukupi untuk Rodriguez menanggung kos sara hidup selama tiga bulan di Sepanyol.

Derma ovum

Sejak berdekad lamanya permintaan global terhadap ovum manusia berkembang pesat sehingga tidak mampu dikawal lagi dengan lebih 250,000 bayi telah dilahirkan melalui cara itu.

Keinginan wanita bujang, wanita tua yang sudah menopaus dan pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak merancakkan lagi perniagaan pelik ini.

Wanita dari negara miskin juga akan menjual telur mereka kepada doktor tempatan yang kemudian menjualnya dengan harga yang mahal kepada keluarga kaya di Barat.

Cyprus yang merupakan negara Kesatuan Eropah membenarkan aktiviti itu dengan alasan ia lebih berbentuk derma yang akan diberi pampasan berupa wang.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Menteri Kesihatan negara itu, Carolina Stylianou.

Kerajaan Cyprus menganggarkan nisbah 1:50 wanita di negara kepulauan itu yang berumur 18 hingga 30 tahun terlibat dengan aktiviti menjual ovum.

Seorang pakar biologi dari Universiti Northwestern, Chicago, AS, Laurie Zoloth berpendapat, fenomena menjual ovum adalah sisi buruk sistem kapitalis yang sanggup memperdagangkan apa sahaja yang bersumber daripada manusia.

Seorang peguam, Andrew Vorzimer menyifatkan urus niaga itu menunjukkan 'kejahatan budaya Barat'.

"Saya pernah melihat kontrak penderma ovum yang memperoleh bayaran sebanyak RM600,000," katanya.

Sebuah firma kesuburan di Britain baru-baru ini mencetuskan kontroversi kerana menawarkan bayaran RM3,000 kepada pelajar Universiti Cambridge yang sanggup menderma ovum mereka.

Secara umum, penderma perlu mengambil dadah untuk merangsang pengeluaran telur. Sasaran mereka ialah pelajar berumur 18 hingga 35 tahun selain memiliki sifat baik hati, jujur dan sihat tubuh.

Pengarah Perubatan Klinik Kesuburan Create London, Geeta Nargund, berkata idea itu mengundang risiko yang tinggi.

Bagi Josephine Quintavalle daripada kumpulan kempen Comment on Reproductive Ethics, retorik menderma ovum untuk mendapatkan pampasan merupakan helah pihak tertentu bagi menjana keuntungan mudah.

"Pelajar universiti sering menjadi sasaran kerana mereka lebih bijak. Malangnya, tiada kajian lanjut dilakukan berkaitan risiko individu yang mengambil dadah untuk proses itu serta kesan terhadap anak yang dilahirkan," ujarnya.

Soal etika


TERDAPAT segelintir pelajar kolej di Barat yang menjual ovum disebabkan desakan wang. - Gambar hiasan


Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman memberitahu, dahulu negara ini pernah dikejutkan dengan polemik pengenalan bank sperma.

"Mungkin ada syarikat tertentu dan hospital swasta yang menawarkan perkhidmatan sebegini termasuk menjual ovum wanita dan sperma lelaki.

"Saya yakin ia berlaku di negara ini walaupun saya tidak pernah menerima sebarang aduan," katanya.

Ujarnya, ini mungkin disebabkan tiada pasangan atau individu yang mahu melaporkan perkara itu kerana malu.

"Masyarakat negara kita terkenal dengan adat ketimuran. Ia kes terpencil selain mereka mendapatkan rawatan itu di luar negara.

"Bagi mereka yang beragama Islam, perkara ini dilarang sama sekali dalam agama," katanya.

Menurut bekas Presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM), Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamed, jualan sperma dan ovum hanya menggalakkan pasangan gay dan lesbian untuk memperoleh anak.

"Ini boleh menimbulkan masalah sosial yang serius apabila ramai lelaki dan wanita menganggap institusi perkahwinan tidak lagi penting," ujarnya.

Tutur Abdul Latiff, membeli ovum yang dijual tidak menjamin pembelinya mendapat anak yang bijak dan sihat.

"Walaupun baka terdiri daripada individu terpelajar, faktor persekitaran dan pembelajaranlah yang akhirnya merangsang perkembangan pemikiran anak.

"Malah, individu yang menderma juga tidak dikenali. Sekiranya berlaku ketirisan atau kecuaian, anak yang lahir mungkin mengalami penyakit yang serius," katanya.


--- KOSMO

Thursday, May 24, 2012

Gila meroyan selepas bersalin

Gambar Hiasan

SOALAN

Doktor., saya sering mendengar kisah atau kes kemurungan selepas bersalin atau meroyan dalam kalangan ibu muda. Adakah masalah ini satu penyakit atau masalah rumit? Benarkah ia boleh menjejaskan kesejahteraan ibu dan anak? Boleh tak doktor berikan panduan mengatasi masalah ini? Jika saya ingin berpantang kelak, adakah saya perlu mengikut petua orang lama untuk mengelak daripada meroyan?

Terima kasih
Zy, Kedah.

JAWAPAN

Sama-sama.

Terdapat beberapa gangguan emosi yang ketara sehingga menyebabkan masalah psikologi atau penyakit mental selepas melahirkan anak. Meroyan atau gila meroyan merupakan istilah umum orang Melayu terhadap masalah perubahan emosi selepas bersalin. Walaupun ia lebih sinonim diperkatakan oleh masyarakat Melayu dan lebih banyak dilihat dihidapi oleh wanita biasa, namun ia juga sebenarnya turut menimpa wanita profesional.

Gila meroyan

Gila meroyan adalah gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang. Pada tahap ini, seseorang wanita yang mengalaminya mampu melakukan perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang di sekelilingnya.

Pendapat terkini mengatakan penyakit gila meroyan postpartum pyschosis juga seperti penyakit psikosis yang dialami oleh pesakit jiwa lain. Mujurlah keadaan ini hanya dialami oleh segelintir sahaja wanita selepas bersalin.

Sebenarnya tiada kaitan yang kukuh antara cara berpantang mengikut orang tua dan risiko untuk mendapat meroyan. Mungkin elok untuk saya kongsi pengalaman daripada kajian kami 10 tahun lepas di Kelantan terhadap wanita yang hamil dan dalam masa berpantang.

Daripada kajian kami ada sedikit sebanyak kesan positif bagi ibu-ibu muda yang mengamalkan urutan selepas bersalin dan bertungku semasa dalam pantang kerana ia dapat mengurangkan risiko kemurungan. Kajian tersebut turut mendapati ibu muda berpeluang berbual-bual sambil meluahkan perasaan semasa menjalani prosedur tersebut yang pada kebiasaannya berlangsung selama dua jam sehari dalam jangka masa dua minggu pertama selepas bersalin. Perbualan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan stres yang dialami oleh ibu muda tersebut.

Gangguan perasaan

Gangguan perasaan selepas bersalin sebenarnya dialami oleh ramai wanita iaitu sehingga 85 peratus sewaktu tempoh berpantang. Namun, kebanyakannya hanya mengalami pada tahap yang ringan dan tidak membahayakan. Malah ia berlaku sekejap sahaja, biasanya tidak memerlukan rawatan perubatan. Bagaimanapun, dalam segelintir 10 peratus wanita, gangguan perasaan berlaku lebih mendalam dan berpanjangan.

Dalam bidang perubatan, gangguan perasaan selepas bersalin dikelaskan kepada tiga peringkat mengikut tahap keterukannya iaitu postpartum blues, postpartum depression dan postpartum psychosis (gila meroyan). Postpartum blues adalah masalah perubahan emosi yang normal dan tidak serius. Ia kerap berlaku kepada wanita selepas bersalin. Perubahan emosi ini memuncak pada hari ketiga hingga kelima selepas bersalin. Ia akan berkurangan selepas lebih kurang 10 hari bersalin dan akhirnya emosi mereka kembali kepada sediakala. Ia boleh berlaku selepas kelahiran pertama dan seterusnya kerana setiap kelahiran adalah berbeza. Ibu-ibu yang mendapat perubahan emosi ini mudah merasa penat dan keletihan.

Kemurungan

Gejala kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression pula adalah gangguan psikologi yang perlu mendapat rawatan pakar. Ia lebih teruk dan mendatangkan kesan buruk kepada ibu dan bayi yang baru dilahirkan. Ia boleh berlaku satu dalam setiap lapan (1:8) ibu yang melahirkan anak atau 10 peratus hingga 20 peratus daripada ibu yang mengandung. Ia lebih kerap berlaku pada bulan pertama sehingga selepas setahun kelahiran anak. Malah ia boleh juga berlaku selepas keguguran atau kematian bayi dalam kandungan. Ibu-ibu yang menghidap kemurungan selepas bersalin mengalami perubahan emosi yang lebih teruk dan lebih lama berbanding perubahan emosi pada postpartum blues.

Psikosis

Psikosis selepas bersalin atau postpartum psychosis juga di panggil gila meroyan merupakan peringkat paling teruk yang jarang berlaku selepas bersalin. Ia berbeza daripada masalah psikosis yang biasa berlaku kepada masyarakat umum kerana kaitannya dengan proses bersalin, manifestasi yang lebih mirip masalah emosi dan prognosisnya adalah lebih baik.

Dalam kalangan 1,000 ibu yang melahirkan anak, satu hingga dua orang (1- 2: 1000) boleh diserang psikosis selepas bersalin. Ia biasanya bermula tiga hingga lima hari selepas bersalin dan dua pertiga daripada pesakit mendapat psikosis dalam dua minggu pertama selepas kelahiran.

Gejala psikosis selepas bersalin boleh berlaku sehingga satu atau dua tahun selepas bersalin. Ia bermula dengan gangguan emosi seperti perasaan resah dan tidak tenang. Mereka tidak dapat cukup tidur walaupun bayi tidur lena. Mereka sering merasa keletihan. Kemudiannya, ibu yang menghidap psikosis selepas bersalin ini akan mengalami emosi yang tidak stabil dan berubah-ubah. Terdapat tempoh kemurungan atau kesedihan yang melampau dan sering menangis. Psikosis berlaku apabila mereka mula mempunyai perasaan ragu-ragu, bercelaru, bercakap merapu dan mengeluarkan fakta-fakta yang sukar diterima akal yang waras. Separuh daripada mereka mempunyai pelbagai kepercayaan karut atau delusi.

Ada kalangan pesakit yang beranggapan bahawa bayinya cacat walaupun sebenarnya sihat, bayi yang dilahirkan bukan anak mereka, bayi yang dilahirkan membawa sial dan sebagainya. Satu perempat daripada mereka (25 peratus) mengalami gangguan halusinasi dengan mendengar suara-suara ghaib yang kadang-kadang memburukkan mereka, menyuruh pesakit membunuh bayi dan sebagainya.

Terdapat ibu-ibu yang mengalami psikosis selepas bersalin tidak mahu menjaga bayi mereka sendiri, membenci bayi tersebut dan ada yang mencuba membunuh bayi infanticide mereka sendiri. Kadar bunuh diri dalam kalangan ibu yang mengalami psikosis selepas bersalin juga adalah tinggi.

Panduan

Bagi mengurangkan masalah tersebut, pelajarilah tanggungjawab sebagai ibubapa daripada kawan-kawan, keluarga atau bahan-bahan bacaan sebelum mengandung.

Pastikan anda mendapat bantuan daripada suami, ahli keluarga yang lain untuk memberi sokongan emosi jika merasa tertekan. Dapatkan pembantu rumah atau ahli keluarga yang lain untuk menguruskan kerja-kerja seharian dan membantu penjagaan bayi dan anak anda yang lain semasa tempoh berpantang kerana anda masih lemah.

Rehat yang cukup juga adalah penting. Ambil udara segar di luar dan jangan hanya berada di rumah walaupun anda berpantang. Beri masa untuk diri anda sendiri. Pengambilan diet dan pemakanan yang berkhasiat juga penting dititikberatkan untuk kembali cergas.

- Utusan

Gula punca gigi reput

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3Oeasi3kvnx4BY5iLSyo6M-zCSGGumEz18sgmbmHhAzzL1FvJQjJVpwEh3CLXB2xIM4EwzU0tJ8ARYVjXyaXtoVTDtYfXbnOGMInbdnJ8xRTj1m7QYVFWh_Z4Jnc2V5xuFkooC6lepUb7/s400/tunggulgigi.jpg

PEREPUTAN gigi berlaku apabila asid memusnahkan lapisan keras gigi dipanggil enamel. Asid ini terhasil daripada plak. Plak mempunyai kuman yang hidup dengan makanan bergula. Proses menghadam gula menjadikan asid bertindak balas terhadap permukaan gigi.

Lama-kelamaan, pereputan gigi boleh menyebabkan lubang pada permukaan gigi. Sekiranya dibiarkan, kaviti akan menjadi besar dan akan memusnahkan gigi.

Sekiranya anda mempunyai kaviti, berjumpalah doktor gigi. Doktor gigi akan menampal gigi anda untuk mengelak kaviti menjadi lebih besar.

Asid mulut sentiasa menyerang permukaan gigi anda. Akan tetapi, pereputan gigi tidak berlaku secara serentak. Ini kerana terdapat elemen lain di dalam mulut yang memperkuatkan dan menghalang pereputan gigi. Satu daripada elemen itu ialah air liur. Air liur mempunyai mineral yang membantu memperkuatkan gigi. Florida, mineral semulajadi yang terdapat dalam air dan ubat gigi, juga membantu memperkuatkan gigi.

Berikut adalah beberapa tip untuk menghalang pereputan gigi:

Elakkan daripada sering makan makanan bergula. Kurangkan kudapan selepas waktu makan.

* Ini akan menghalang plak daripada menghasilkan asid. Ia juga akan mengurangkan tempoh gigi anda terdedah kepada asid.

* Minum banyak air terutamanya jika anda mengambil ubat tertentu.

* Sesetengah ubat mengurangkan air liur di dalam mulut. Ini boleh meningkatkan risiko pereputan gigi.

* Gunakan ubat gigi dan cecair pembersih dengan florida.

* Florida membantu menguatkan permukaan gigi.

* Kunjungi doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun.

* Mereka akan membersihkan gigi dan memeriksa sekiranya terdapat kaviti.

* Pemeriksaan doktor gigi untuk pereputan gigi dan kaviti


--- UTUSAN MALAYSIA

Estrogen punca lelaki gemuk

http://cdn.sheknows.com/articles/2011/12/obese-boy-put-in-foster-care.jpg


SIAPA sangka Zack (bukan nama sebenar) yang ketika dizaman belajar dahulu kacak dan aktif bersukan kini mengalami perubahan fzikal yang cukup berbeza. Baru berusia 42 tahun, tetapi penampilannya seperti seorang yang sudah berumur.

Rakan-rakan terkejut melihat penampilan dirinya yang cukup merosot. Tubuhnya gemuk berlemak dan perut buncit. Mukanya kelihatan bengkak dengan bahagian bawah mata terdapat banyak lemak yang menjadikan dia kelihatan lebih berusia.

Malah, Zack mendedahkan kini dia berhadapan dengan penyakit kencing manis dan tahap kolesterol yang tinggi.

Isterinya pula sempat berbisik memberitahu bahawa suaminya itu cukup emosional dan tertekan.

Pelbagai amalan diet dan senaman telah dilakukan tetapi kesannya tidak ada.

Pada usia yang baru mencapai 42 tahun Zack sepatutnya terus menikmati kehidupan yang sihat dan penuh warna-warni. Tetapi keadaan sebaliknya berlaku apabila dia sering keletihan dan tidak bermaya.

Sedangkan umur 40-an bukannya usia emas. Sebaliknya 40-an dianggap usia paling stabil bagi seseorang kerana pada peringkat itu seseorang itu sudah matang dalam mengendalikan kehidupan dan mencapai tahap memberangsangkan dalam kerjaya.

Malangnya bagi sesetengah lelaki, apabila masuk angka 40 mereka berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan.

Segala kejayaan yang dicapai sama ada dalam kerjaya mahupun perniagaan habis digunakan untuk perbelanjaan kesihatan.

Mengapakah pada usia yang sebegitu kita mula didatangi pelbagai gejala penyakit?

Masalah jantung, paru-paru, kolesterol, penyakit hati, kencing manis dan lain-lain lagi mula turut menyerang.

Begitu juga kanser dan masalah prostatik bagi lelaki selain masalah hilang ingatan atau nyanyuk (dimentia) dan penebalan arteri (atherosklerosis). Kualiti kehidupan turut merosot dengan badan mula lemah dan tulang jadi rapuh.

Apabila lemak berkumpul di sana-sini dan perut menjadi buncit ia pasti mengundang rasa kecewa kepada lelaki.

Untuk membakar lemak tubuh memerlukan bahan api. Bagi tubuh manusia bahan api yang dimaksudkan itu ialah hormon yang berfungsi untuk memecahkan lemak. Tubuh juga perlu mengurangkan penyimpanan lemak. Tetapi, ada juga hormon yang bertanggungjawab meningkatkan simpanan lemak dalam badan iaitu estrogen.

Estrogen merupakan hormon yang banyak dihasilkan oleh lemak. Tidak kira lelaki atau wanita. Semuanya mempunyai hormon estrogen dalam badan. Hormon ini bersifat mengumpul lemak sahaja. Ini bermakna lemak yang sedia ada akan memanggil lemak-lemak baru dan akhirnya kuantiti lemak menjadi banyak.

Pengambilan antiestrogen dan makanan tambahan atau suplemen berasaskan hormon penting bagi memastikan lemak dapat dipecahkan.

Setelah mengambil antiestrogen barulah seorang lelaki dapat memecahkan lemak dengan berkesan.

Setiap senaman yang dilakukan akan berhasil dan perut mula menjadi kempis.

Saiz perut

Lelaki yang mengamalkan suplemen antiestrogen juga akan merasakan tenaganya meningkat, stamina bagi aktiviti berat lebih baik.

Begitu juga keperluan seks mereka akan berada pada tahap maksimum disebabkan kestabilan emosi dan tenaga seksual yang bertambah.

Apabila lemak berkurang maka pengeluaran estrogen daripada lemak-lemak itu juga berkurangan.

Pengurangan kuantiti estrogen memberi kesan baik kepada lelaki kerana ia membolehkan hormon lelaki iaitu testosteron berfungsi.

Selain testosteron, DHEA dan juga hormon pertumbuhan atau growth hormone (GH) juga penting kepada lelaki.

Selain itu hormon tiroid (T3 dan T4) juga penting kerana ia melancarkan metabolisme. Tanpanya seseorang akan menjadi gemuk dan sukar kurus meskipun mengamalkan diet yang ketat.

Tetapi kehadiran hormon estrogen yang banyak yang berpunca daripada lemak akan merosakkan hormon testosteron.

Satu lagi fakta yang perlu diketahui ialah makanan berasaskan tumbuhan juga mengandungi banyak hormon estrogen yang boleh menambahkan saiz perut seseorang.

Tidak benar jika seseorang mahu cepat kurus maka dia harus makan sayur-sayuran sahaja. Diet yang berasakan sayuran sahaja belum menjamin seorang itu boleh cepat kurus. Seorang teman yang mengamalkan diet sayur-sayuran mengeluh tidak dapat mengecilkan saiz pinggang setelah sebulan berdiet.

Estrogen yang tinggi dalam sayur-sayuran itu membuatkan saiz badannya tetap gempal.

Setelah diberikan antiestrogen dan dikenal pasti hormon tambahan yang diperlukan barulah dia dapat merubah bentuk badannya sebagaimana yang diinginkan.

Senaman dan gaya hidup sihat perlu diamalkan kerana ia mampu merangsang kelenjar hormon agar bekerja secara optimum. Apabila paras hormon tinggi maka darah menjadi muda semula. Dengan cara ini kesihatan dapat diperolehi dengan menyeluruh dan anda pasti kembali tampan dan kacak semula.

Bagi lelaki yang mahu mendapatkan rawatan antiestrogen boleh mengunjungi Men Centre, Marissa Estethic yang memberi penekanan terhadap pemulihan hormon lelaki.

Ia turut menawarkan rawatan meningkatkan kecergasan, masalah penuaan tulang, stamina, meningkatkan tenaga dalaman dan seksualiti lelaki, masalah tidur, botak dan uban.

Pusat yang dikendalikan oleh Dr. Haron Ibrahim itu juga menawarkan rawatan hormon untuk meningkatkan kualiti sperma, gout, kencing manis, sakit lutut, tulang dan lain-lain.

Untuk keterangan lanjut boleh hubung Men Centre Semenyih di talian 03-87234808 atau 017-3581619, dan Men Centre Sepang di talian 03-31413719 atau 017-3581610.

--- UTUSAN MALAYSIA

Wednesday, May 23, 2012

Ramziah, Jururawat Terbilang Negara

15 Mei, 2012 18:26 PM

http://www.holistichealingcongress.com/wp-content/uploads/2012/02/drdameramziah.jpg

Oleh Kurniawati Kamarudin

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Profesion kejururawatan penting dalam menjaga mereka yang sakit dan memerlukan bantuan tetapi bukan semua anggota masyarakat yang menghargai profesion ini.

Bekerja secara syif meninggalkan keluarga, pagi, petang mahupun malam bagi memastikan segala keperluan pesakit dijaga sebaik mungkin adalah satu pengorbanan yang cukup besar nilainya.

Di hospital mahupun klinik, mereka berhadapan pula dengan kerenah pesakit yang pelbagai ragam dan kehendak, lantas menuntut kesabaran yang tinggi.

Tugas mereka bukan sahaja menguruskan pesakit dengan memberi ubat, menjaga makan dan minun malah melakukan tugas membersihkan badan dan kumuhan yang dilihat menjijikkan hingga ada yang menyamakannya dengan tugas seorang "amah".

Namun pengorbanan ini sering dipandang sepi sehingga ada segelintir masyarakat menganggapnya sebagai kerjaya pilihan terakhir. Persepsi ini membuatkan kerjaya jururawat kurang menonjol.

Bertemu dan berkongsi pengalaman rahsia kejayaan seorang bekas jururawat, Ramziah Ahmad, yang juga Presiden Persatuan Jururawat Kebangsaan baru-baru ini mengundang perasaan bangga penulis.

Dan beliau bukan jururawat biasa. Beliau berkelayakan tinggi dan satu-satunya jururawat di negara ini yang menerima pingat 'Knight Of Charity' dari United Kingdom yang membawa gelaran 'Dame'.

KERJAYA GURU KE JURURAWAT

Dilahirkan di Perlis, minatnya dalam bidang kejururawatan disedari ketika bertugas sebagai guru sementara selepas menghabiskan persekolahan pada tahun 1972.

Setiap kali ada pelajar yang demam, beliau akan membasahkan tuala dan meletakkan di dahi serta di seluruh badan bagi menurunkan suhu badan.

"Mereka merasa seronok dan ada di kalangan murid saya yang berpura-pura kononnya demam semata-mata untuk mendapat layanan dan perhatian daripada saya.

"Dari situ, rakan-rakan guru berkata saya lebih sesuai menjadi seorang jururawat," katanya.

Selain itu, bapanya yang menghidap penyakit asma, menjadi pembakar semangat untuk beliau memilih kerjaya itu dengan harapan satu hari nanti dapat menjaga bapanya.

Selepas menamatkan pengajian dalam bidang kejururawatan selama tiga tahun di Pulau Pinang, beliau ditempatkan di Hospital Hulu Selangor pada tahun 1976 yang menjadi tempat pertama beliau memulakan tugas sebagai jururawat.

"Setiap hari cerita yang berbeza kerana kita bertemu dengan pesakit yang silih berganti. Ini menjadikan kerjaya sebagai jururawat sangat menarik kerana kita bertemu dengan semua peringkat dan golongan manusia," katanya yang sempat menjaga bapa dan ibunya sebelum mereka meninggal dunia.

Empat tahun di sana, beliau kemudian ditukarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk menjadi tenaga pengajar kepada pelatih jururawat.

Melihat kepada kesungguhannya, Ketua Jururawat Hospital telah menghantarnya mengikuti kursus pembasmian kuman selama empat bulan di Kuala Lumpur sebelum dilantik mengetuai bahagian itu.

"Sejak dari itu saya tidak menoleh ke belakang lagi dan saya bertekad untuk terus menimba ilmu untuk meningkatkan pengetahuan kerana saya yakin skop kerja di hospital sangat luas," katanya yang mendapat ijazah kejururawatan dari Universiti Malaya pada tahun 1996.

KE PENTAS ANTARABANGSA

Suami serta dua anak perempuannya cukup memahami pencariannya dan antara sebab beliau mampu mencapai kejayaan dalam kerjaya.

Beliau bersara dua tahun lepas dengan jawatan terakhir sebagai jurulatih di Institut Pengurusan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan dan telah melatih lebih 7,000 jururawat di peringkat pengurusan.

"Untuk menjadi ketua yang terbaik, wajib mempunyai ilmu," katanya yang pernah tiga kali dipilih menerima anugerah Khidmat Cemerlang Kementerian Kesihatan serta penerima anugerah Sri Kandi Cemerlang dari Persatuan Jururawat Malaysia.

Oleh kerana sentiasa dahagakan ilmu, beliau tidak pernah lokek mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk menghadiri persidangan di dalam dan luar negara bagi meningkatkan ilmu dan pengetahuan.

Pengalaman dan ilmu yang diperoleh menyebabkan beliau sering dipanggil untuk membentangkan kertas kerja yang membabitkan perkembangan dan pembangunan kerjaya kejururawatan dan sering menjadi wakil Malaysia di peringkat antarabangsa.

Beliau juga turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Persekutuan Jururawat Komanwel di Rantau Pasifik sempena mesyuarat Dwi-tahunan Persekutuan Jururawat-jururawat Komanwel di Botswana, Afrika pada 2009.

"Pelbagai kursus, seminar dan persidangan di peringkat antarabangsa saya hadiri dengan matlamat yang satu untuk berkongsi ilmu dan pengalaman," katanya yang turut memperoleh ijazah sarjana dan doktor falsafah dalam bidang Perubatan Pelangkap dari Sri Lanka.

WANITA PERTAMA MENDAPAT GELARAN DAME

Tugas seorang jururawat memerlukan minat yang tinggi, perlu memahami tugas dengan sebaiknya serta berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan bagi mengangkat kerjaya jururawat ke tahap yang profesional.

"Saya merasa cukup bersyukur kerana usaha dan sumbangan selama ini dalam bidang jururawat dan perubatan diberi perhatian bukan sahaja dalam negara tetapi di peringkat antarabangsa.

Ramziah yang juga dekan Fakulti Universal Science Of Colour (FUSC) berkata negara masih memerlukan lebih ramai jururawat yang benar-benar terlatih serta memiliki kelayakan akedemik yang tinggi di peringkat ijazah, sarjana hingga ke doktor falsafah.

Beliau berkata ilmu itu akan membina keyakinan mereka untuk memberi khidmat kepada masyarakat bersesuaian dengan keperluan masa kini di samping perkembangan pesat dalam teknologi perubatan.

Beliau menasihatkan sebelum menceburi bidang kejururawatan, mereka yang berminat harus bertanya kepada diri sendiri sama ada iklhas atau tidak menceburinya kerana bidang kejururawatan memerlukan pengorbanan dan komitmen yang tinggi.

Ujarnya kepuasan seorang jururawat bukan sekadar menjalankan tugasnya dengan sempurna, tetapi apabila melihat pesakit mampu tersenyum dan pulang ke pangkuan keluarga dalam keadaan sihat.

"Ia adalah satu tugas yang mulia," katanya mengakhiri perbualan.

-- BERNAMA

Kejururawatan : Kerjaya dari dalam hati


TIDAK kira sama ada anda orang biasa atau berpangkat besar, orang kaya mahupun orang miskin, pasti ada satu momen dalam hidup anda dekat dengan insan bergelar jururawat atau dipanggil juga misi.

Mungkin pada hari biasa, insan itu tiada kepentingan buat kita semua, namun apabila ahli keluarga, saudara terdekat, mahupun anda sendiri terlantar di hospital dan memerlukan rawatan, nama insan inilah yang sentiasa bermain di bibir setiap kali kita memerlukan sesuatu.

Namun, sejauh manakah kita menghargai insan ini? Tahukah anda bahawa tanggal 12 Mei setiap tahun merupakan Hari Jururawat Antarabangsa dan tarikh tersebut turut dipilih untuk menyambut Hari Jururawat Malaysia?

Setiap hari khidmat diberikan dengan ikhlas beserta secalit senyuman yang tidak pernah lekang di bibir walaupun lelah menyelubungi diri.

Cita-cita sejak kecil

Dek tugas yang digalas jururawat dianggap murni dan mulia, anak kelahiran Jerantut, Pahang, Wu Jie Yee, 22, mendambakan kerjaya tersebut sejak di bangku sekolah lagi.

"Kerjaya sebagai jururawat membolehkan kita berbakti dan membantu ramai orang setiap hari.


BETTERLINE tidak lokek memberikan senyuman setiap hari kepada pesakit setiap kali dia menjalankan tugasnya.


"Sejak sekolah lagi saya sudah meletakkan kerjaya jururawat sebagai cita-cita. Jadi, tamat sahaja Sijil Pelajaran Malaysia, saya melanjutkan pelajaran di Kolej Sains Kesihatan dan Kejururawatan Pantai selama tiga tahun," katanya yang baru berkhidmat di Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL) selama lapan bulan.

Sepanjang lapan bulan berkhidmat, Jie Yee pernah bertugas di wad perubatan pembedahan selama tujuh bulan dan kini meneruskan tugasnya di Unit Rawatan Koronari (CCU).

Menyifatkan tugas dan tanggungjawab sebagai jururawat amat mencabar, namun Jie Yee tidak mempunyai sebarang kenangan pahit.

Sungguhpun begitu, Jie Yee memberitahu, dimarahi doktor dan berdepan dengan pelbagai kerenah pesakit merupakan perkara biasa.

"Adakalanya, ada juga pesakit yang mencabar tahap kesabaran namun, sebagai jururawat kami perlu bijak menangani emosi sendiri demi memberikan layanan baik buat pesakit.

"Jangan sesekali mencampuradukkan masalah peribadi dengan kerja. Jururawat juga perlu bersedia menerima kritikan daripada orang lain," kata anak sulung daripada tiga beradik itu yang dinobatkan sebagai Jururawat Bintang Harapan, Anugerah Jururawat Cemerlang sempena sambutan Hari Jururawat 2012 di Hospital Pantai Kuala Lumpur 11 Mei lalu.

Kerjaya sepanjang hayat

Dalam pada itu, Betterline Nyorid, 31, anak kelahiran Kuching, Sarawak pula tidak pernah terfikir mempunyai kerjaya lain selain mahu menyarung uniform jururawat.

Anak bongsu daripada lima beradik itu yang sudah 11 tahun berkhidmat dengan PHKL tidak pernah menjadikan kerenah pesakit sebagai alasan atau bebanan untuk memberikan layanan terbaik.

"Saya pernah masuk hospital ketika tingkatan lima kerana pembedahan apendiks. Sepanjang berada di sana, saya kagum melihat jururawat melayan pesakit di hospital.


SUNGGUHPUN penat melayah kerenah pesakit, insan bergelar jururawat masih mampu mengukir senyuman dan memberikan layanan terbaik.


"Sejak itu, saya tanamkan azam untuk menjadi seorang jururawat seperti mereka supaya dapat menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan," katanya yang dianugerahkan sebagai Jururawat Paling Popular.

Bagi Betterline, kejadian dimarahi pesakit merupakan perkara biasa.

"Jangan salahkan pesakit kerana mereka sakit dan sudah tentu emosi mereka terganggu. Berikanlah perkhidmatan terbaik. Jujurnya, saya tidak pernah ada perasaan geram atau marah dengan pesakit yang banyak kerenah," ujarnya yang tidak lokek dengan senyuman.

Ceritanya, suatu hari dia memasuki bilik pesakit dan pesakit tersebut memberitahu, dia gembira melihat Betterline kerana membuat hidupnya ceria.

"Apa yang saya lakukan mudah sahaja, sebelum masuk wad, tinggalkan segala masalah peribadi di luar dan sentiasa mendoakan kesejahteraan pesakit tidak kira bangsa dan agama," terangnya.

Dalam pada itu, bagi Kalaiselvi Kumaresan, 43, biarpun sudah 20 tahun berkhidmat di PHKL, dia tidak pernah jemu melayan kerenah pesakit yang pelbagai dan memeningkan kepala.

Berasal dari Ipoh, Perak, anak kedua daripada lima beradik itu yang menerima anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat tidak pernah terlintas untuk bertukar kerjaya kerana jiwa dan hidupnya mahu berbakti kepada pesakit.


PARA penerima Anugerah Jururawat Cemerlang 2012 Hospital Pantai Kuala Lumpur bergambar bersama Khairil Anuar (tengah).


"Sebagai seorang jururawat, tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat pesakit di bawah jagaan kita sihat. Kita sebagai jururawat perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi kerana kadang-kadang kita perlu berhadapan dengan pesakit yang emosinya tidak stabil kerana tidak sihat," kata ibu kepada seorang cahaya mata itu.

Memulakan perkhidmatan sebagai jururawat tapi kini, Kalaiselvi diberi mandat untuk melatih jururawat-jururawat baharu.

"Jururawat dahulu dan kini banyak bezanya. Dulu, kami cepat menyesuaikan diri dan terima tunjuk ajar serta teguran daripada jururawat senior. Namun kini, segelintir jururawat generasi baharu, sukar menerima teguran dan kritikan.

"Kerjaya sebagai jururawat perlu lahir dari dalam hati dan bukannya sebagai kerjaya pilihan terakhir," pesannya kepada anak-anak muda yang mahu menjadikan jururawat sebagai karier mereka.

--- KOSMO

Barah darah

Oleh Suzan Ahmad
suzan@bharian.com.my
2012/05/20

Foto

Demam, letih dan hilang selera makan boleh jadi simptom lymphoma

RASA demam, letih, lesu, kurang selera makan dan hilang berat badan secara mendadak mungkin dianggap tanda penyakit biasa. Namun, berjaga-jaga kerana ia mungkin gejala awal kepada penyakit lebih serius seperti barah darah yang dikenali sebagai Lymphoma.

Lymphoma adalah sejenis kanser darah yang bermula dari sel sistem imun dipanggil lymphocytes. Seperti kanser lain, lymphoma berlaku apabila lymphocytes berada dalam keadaan pertumbuhan sel yang tidak terkawal dan berganda.

Individu terbabit juga mengalami bengkak pada nodus limfa di leher, bawah lengan, perut dan groin, demam atau jangkitan yang tidak dapat dijelaskan, sakit dada, perut atau tulang yang tidak dapat dijelaskan serta berat badan turun mendadak. - Dr Abdul Aziz Baba, Perunding Perubatan Dalaman Hematologi & Onkologi, Pusat Perubatan Prince Court

Lymphocytes adalah sel darah putih yang mengalir ke seluruh tubuh menerusi bendalir yang dikenali sebagai limfa. Ia diedar oleh rangkaian saluran yang membentuk sistem limfa iaitu sebahagian daripada sistem imun. Sistem limfatik (berfungsi melawan jangkitan atau anasir yang membahayakan tubuh) juga merangkumi nodus limfa yang wujud di seluruh tubuh bagi menyaring limfa yang mengalir melaluinya.

Nodus limfa bengkak dan menjadi lembut apabila sejumlah besar organisma mikrobial terperangkap di dalamnya. Ini menunjukkan wujudnya jangkitan. Lymphocytes tidak normal terkumpul di dalam satu atau lebih nodus limfa atau tisu limfa seperti limpa atau tonsil dan lama-kelamaan membentuk kelompok sel yang dipanggil tumor.

Tumor tumbuh dan merebak di kawasan sekitar tisu dan organ, seterusnya mengganggu bekalan oksigen dan nutrien. Jika lymphocytes tidak normal bergerak dari satu nodus limfa atau pada organ lain, kanser akan merebak.

Perunding Perubatan Dalaman Hematologi & Onkologi Pusat Perubatan Prince Court (PCMC), Dr Abdul Aziz Baba, berkata dalam kes pesakit lymphoma yang beralih kepada leukemia, pesakit perlu faham bahawa leukemia bermula dari darah dan lymphoma pula dari nodus limfa. Tetapi ada juga lymphoma yang bermula dari darah dan ia dikenali sebagai lymphoma leukemia tetapi keadaan ini masih tidak begitu jelas.

Dr Abdul Aziz berkata, leukemia atau lymphoma tidak akan menunjukkan sebarang gejala pada peringkat awal. Bagaimanapun, lama kelamaan apabila ia semakin merebak leukemia dan lymphoma boleh menghasilkan gejala yang seakan sama.

“Pesakit akan merasa lesu, berpeluh waktu malam, sakit atau bengkak di bawah rusuk, terutama bahagian kiri, sesak nafas, ruam atau gatal pada kulit.

“Individu terbabit juga mengalami bengkak pada nodus limfa di leher, bawah lengan, perut dan groin, demam atau jangkitan yang tidak dapat dijelaskan, sakit dada, perut atau tulang yang tidak dapat dijelaskan serta berat badan turun mendadak,” katanya kepada Sihat.

Beliau berkata, sehingga kini, banyak kes lymphoma masih tidak dapat dijelaskan puncanya.

Bagaimanapun, keadaan dan karakter tertentu mampu mempertingkatkan risiko penyakit ini. Antaranya keadaan yang melemahkan sistem imun termasuk rheumatoid arthritis, psoriasis dan HIV dan AIDS. Selain itu, kecelaruan imun yang diwarisi seperti hypogammaglobulinemia atau sindrom Wiskott-Aldrich, jangkitan lalu seperti virus Epstein-Barr serta pemindahan organ yang membabitkan pengambilan dadah yang melemahkan sistem imun, usia, bangsa dan jantina.

Ini termasuk individu yang memiliki sejarah keluarga penghidap lymphoma dan pernah menjalani rawatan untuk kanser jenis lain di masa lalu.

Bagaimanapun, tidak semua orang yang mengalami salah satu faktor risiko ini akan mendapat lymphoma dan tidak semua penghidap lymphoma akan mengalami faktor risiko yang dinyatakan.

Secara amnya, ada dua jenis lymphoma iaitu Hodgkin lymphoma (HL) dan Non-Hodgkin lymphoma. Hodgkin lymphoma adalah sejenis lymphoma tertentu dengan potensi sembuh yang tinggi manakala Non-Hodgkin lymphoma (NHL), yang lebih biasa berlaku apabila sistem limfatik menghasilkan limfatik yang tidak normal. Berikutan ada lebih 30 sub jenis lymphoma, rawatan dan prognosis berbeza berdasarkan sub jenis kanser darah ini.

Menurut statistik, di Amerika Syarikat (AS) setiap tahun dianggarkan 54,000 orang didiagnosa dengan NHL dan 7,000 kes HL. Ia adalah kanser darah paling lazim di AS sebaliknya Kesatuan Eropah (EU) menyaksikan lebih 50,000 kes NHL setiap tahun.

Dari segi rawatan, pakar perubatan akan menjalankan semua pemeriksaan dan ujian sebelum menentukan tahap penyakit dan jenis rawatan sesuai. Antara rawatan yang disediakan adalah terapi biologik atau imunoterapi, kemoterapi, terapi sasaran, terapi steroid, terapi radiasi, pemindahan sel stem dan pembedahan.

Menariknya, sesetengah pesakit leukemia dan lymphoma tidak memerlukan rawatan. Ada juga sesetengah pesakit yang tidak memerlukan rawatan segera tetapi perlu menjalani terapi selepas beberapa tahun serta ada juga yang memerlukan rawatan segera. Semua rawatan yang diberi bergantung penuh kepada kriteria pesakit, tahap penyakit, jenis lymphoma dan tahap kesihatan pesakit ketika itu.

--- BERITA HARIAN

Lelaki lebih terdedah pada diabetes jenis 2


LELAKI lebih terdedah dengan diabetes peringkat 2 kerana faktor biologi dan pemakanan.


SEORANG pengkaji dari Universiti Glasgow, Scotland, Profesor Naveed Sattar berkata lelaki lebih terdedah kepada penyakit diabetes jenis 2 berbanding wanita disebabkan faktor biologi dan pemakanan.

Kenyataannya itu berdasarkan kajian terhadap 51,290 lelaki dan 43,137 wanita di Scotland dengan mengambil kira berat badan, faktor kegemukan serta indeks jisim badan (BMI) mereka.

Kata Sattar dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Diabetologia itu, kebanyakan lemak lelaki tersimpan di dalam organ seperti limpa dan buah pinggang manakala wanita di pinggul dan muka.

Diabetes jenis 2 terjadi disebabkan terlalu banyak gula dalam badan hingga merosakkan buah pinggang dan organ lain.

Katanya lagi, penyakit itu dapat dicegah dengan mengurangkan berat badan berlebihan, makan makanan yang sihat dan seimbang selain selalu bersenam.

Sunday, May 20, 2012

Barah darah




Oleh Suzan Ahmad
suzan@bharian.com.my
2012/05/20

Demam, letih dan hilang selera makan boleh jadi simptom lymphoma

RASA demam, letih, lesu, kurang selera makan dan hilang berat badan secara mendadak mungkin dianggap tanda penyakit biasa. Namun, berjaga-jaga kerana ia mungkin gejala awal kepada penyakit lebih serius seperti barah darah yang dikenali sebagai Lymphoma.

Lymphoma adalah sejenis kanser darah yang bermula dari sel sistem imun dipanggil lymphocytes. Seperti kanser lain, lymphoma berlaku apabila lymphocytes berada dalam keadaan pertumbuhan sel yang tidak terkawal dan berganda.

Lymphocytes adalah sel darah putih yang mengalir ke seluruh tubuh menerusi bendalir yang dikenali sebagai limfa. Ia diedar oleh rangkaian saluran yang membentuk sistem limfa iaitu sebahagian daripada sistem imun. Sistem limfatik (berfungsi melawan jangkitan atau anasir yang membahayakan tubuh) juga merangkumi nodus limfa yang wujud di seluruh tubuh bagi menyaring limfa yang mengalir melaluinya.

Nodus limfa bengkak dan menjadi lembut apabila sejumlah besar organisma mikrobial terperangkap di dalamnya. Ini menunjukkan wujudnya jangkitan. Lymphocytes tidak normal terkumpul di dalam satu atau lebih nodus limfa atau tisu limfa seperti limpa atau tonsil dan lama-kelamaan membentuk kelompok sel yang dipanggil tumor.

Tumor tumbuh dan merebak di kawasan sekitar tisu dan organ, seterusnya mengganggu bekalan oksigen dan nutrien. Jika lymphocytes tidak normal bergerak dari satu nodus limfa atau pada organ lain, kanser akan merebak.

Perunding Perubatan Dalaman Hematologi & Onkologi Pusat Perubatan Prince Court (PCMC), Dr Abdul Aziz Baba, berkata dalam kes pesakit lymphoma yang beralih kepada leukemia, pesakit perlu faham bahawa leukemia bermula dari darah dan lymphoma pula dari nodus limfa. Tetapi ada juga lymphoma yang bermula dari darah dan ia dikenali sebagai lymphoma leukemia tetapi keadaan ini masih tidak begitu jelas.

Dr Abdul Aziz berkata, leukemia atau lymphoma tidak akan menunjukkan sebarang gejala pada peringkat awal. Bagaimanapun, lama kelamaan apabila ia semakin merebak leukemia dan lymphoma boleh menghasilkan gejala yang seakan sama.

“Pesakit akan merasa lesu, berpeluh waktu malam, sakit atau bengkak di bawah rusuk, terutama bahagian kiri, sesak nafas, ruam atau gatal pada kulit.

“Individu terbabit juga mengalami bengkak pada nodus limfa di leher, bawah lengan, perut dan groin, demam atau jangkitan yang tidak dapat dijelaskan, sakit dada, perut atau tulang yang tidak dapat dijelaskan serta berat badan turun mendadak,” katanya kepada Sihat.

Beliau berkata, sehingga kini, banyak kes lymphoma masih tidak dapat dijelaskan puncanya.

Bagaimanapun, keadaan dan karakter tertentu mampu mempertingkatkan risiko penyakit ini. Antaranya keadaan yang melemahkan sistem imun termasuk rheumatoid arthritis, psoriasis dan HIV dan AIDS. Selain itu, kecelaruan imun yang diwarisi seperti hypogammaglobulinemia atau sindrom Wiskott-Aldrich, jangkitan lalu seperti virus Epstein-Barr serta pemindahan organ yang membabitkan pengambilan dadah yang melemahkan sistem imun, usia, bangsa dan jantina.

Ini termasuk individu yang memiliki sejarah keluarga penghidap lymphoma dan pernah menjalani rawatan untuk kanser jenis lain di masa lalu.

Bagaimanapun, tidak semua orang yang mengalami salah satu faktor risiko ini akan mendapat lymphoma dan tidak semua penghidap lymphoma akan mengalami faktor risiko yang dinyatakan.

Secara amnya, ada dua jenis lymphoma iaitu Hodgkin lymphoma (HL) dan Non-Hodgkin lymphoma. Hodgkin lymphoma adalah sejenis lymphoma tertentu dengan potensi sembuh yang tinggi manakala Non-Hodgkin lymphoma (NHL), yang lebih biasa berlaku apabila sistem limfatik menghasilkan limfatik yang tidak normal. Berikutan ada lebih 30 sub jenis lymphoma, rawatan dan prognosis berbeza berdasarkan sub jenis kanser darah ini.

Menurut statistik, di Amerika Syarikat (AS) setiap tahun dianggarkan 54,000 orang didiagnosa dengan NHL dan 7,000 kes HL. Ia adalah kanser darah paling lazim di AS sebaliknya Kesatuan Eropah (EU) menyaksikan lebih 50,000 kes NHL setiap tahun.

Dari segi rawatan, pakar perubatan akan menjalankan semua pemeriksaan dan ujian sebelum menentukan tahap penyakit dan jenis rawatan sesuai. Antara rawatan yang disediakan adalah terapi biologik atau imunoterapi, kemoterapi, terapi sasaran, terapi steroid, terapi radiasi, pemindahan sel stem dan pembedahan.

Menariknya, sesetengah pesakit leukemia dan lymphoma tidak memerlukan rawatan. Ada juga sesetengah pesakit yang tidak memerlukan rawatan segera tetapi perlu menjalani terapi selepas beberapa tahun serta ada juga yang memerlukan rawatan segera. Semua rawatan yang diberi bergantung penuh kepada kriteria pesakit, tahap penyakit, jenis lymphoma dan tahap kesihatan pesakit ketika itu.

--- BERITA HARIAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...