PENAFIAN:


Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor / pakar perubatan bertauliah
mengenai kesihatan anda.

Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera.

Tuesday, November 24, 2015

KITAR HIDUP PARASIT MALARIA

Klik gambar untuk paparan lebih jelas


Kitar hidup parasit malaria melibatkan 2 kitar hidup iaitu di dalam manusia dan di dalam nyamuk. Di dalam nyamuk, jenis pembiakan yang berlaku adalah seksual manakala di dalam tubuh manusia adalah secara aseksual.

SEKSUAL

Di dalam nyamuk pembiakan parasit ini melibatkan gamet-gamet yang terdiri daripada 2 jenis iaitu gametosit betina dan gametosit jantan. Persenyawaan berlaku dalam masa beberapa minit selepas gametosit betina dibebaskan. Nukleus kedua-dua gamet ini akan bercantum dan membentuk zigot. Zigot ini mengalami banyak proses biologi sehinggalah terbentuknya sporozoit. Sporozoit ini akan berpindah ke sel kelenjai liur nyamuk dan apabila nyamuk yang telah terinfeksi ini menggigit manusia, sporozoit itu akan dibebaskan.

ASEKSUAL

Apabila nyamuk
betina yang telah dijangkiti oleh parasit malaria menghisap darah mangsanya,ia akan membebaskan sporozoit dengan banyak ke dalam lapisan kapilari darah. Sporozoit memasuki aliran darah dan mengambil masa selama 30-60 minit untuk meninggalkan aliran darah. Setelah berada lama di dalam sel darah merah sporozoit akan mengalami penunasan dan membentuk merozoit. Apa sel darah merah ini pecah maka banyaklah merozoit yang akan dibebaskan. Di samping itu juga sel darah merah yang telah dijangkiti ini akan membebaskan toksin yang akan menyebabkan perubahan kepada badan ( sejuk panas ). Akhirnya merozoit ini akan menyerang sel darah merah yang lain dan begitulah sehingga kitar berulang.

--- http://paramedik.bbfr.net

Monday, November 23, 2015

Herpes With Pregnancy - Things You Need To Know

The herpes simplex virus is contagious and can be passed on easily through direct contact. Children are likely to come in contact with HSV-1 from infected adults. Be it genital herpes or cold sores, once you are infected with herpes, it stays for life. There's a small risk of complication during pregnancy, if you are infected with herpes. But as the condition can be devastating, it is imperative to undertake and follow certain preventive measures that would reduce the risk of infection.

PROTECTING THE BABY DURING PREGNANCY

If a mother acquires herpes before getting pregnant, she is very unlikely to transmit the infection to the infant. The antibodies will protect the baby from contracting herpes. Moreover, doctors can help protect the baby with proper and suitable medications. In case the mother is infected during late pregnancy, the baby is at a greater risk and has a real chance to contracting herpes. The mother does not have antibodies to act against the herpes virus in this case.

COMPLICATIONS FACED BY INFECTED MOTHERS DURING PREGNANCY

Genital herpes leads to premature birth and sometimes even a miscarriage. Moreover, it is also possible that the infected mother passes the virus to the baby during labor. As there is no cure for genital herpes, it is more likely to pass herpes in the event of an outbreak. A lot also depends on the right care with proper medications and regular visits to the doctor to keep the baby safe. It is important to inform your doctor and midwife if you have herpes.

HOW DOES HERPES INFECT A BABY?

If a mother is observed to have an outbreak while delivering a baby, it is more likely that it will affect the infant. Herpes can also be spread to the baby when someone with cold sores kisses the baby. In rare cases, if someone touches a person having symptoms of herpes and then immediately touches the baby, the risk of transmission of HSV increases. Each year, nearly 30% of pregnant women are reported to have herpes in the United States but only 1500 infants are passed on the virus. This also indicates that a majority of women give birth to healthy babies.

It takes approximately 10 weeks to develop antibodies which prevent herpes to infect a newborn. Antibodies are good. A pregnant woman should do all the possible things to prevent infection in her baby. It is very important to let your doctor know about any herpes outbreak as right medications can be extremely effective during pregnancy. In the first place, safe sex would prevent you from contracting the herpes simplex virus.

For More Information Contact Hsv Singles
herpes dating sites

Tuesday, November 17, 2015

RUAM LAMPIN



 Kulit bayi adalah sangat sensitif berbanding dengan kulit orang dewasa. Ia mudah mengalami kerengsaan. Sesetengah bayi jika dibiarkan dalam keadaan basah terlalu lama kulit mereka akan menjadi merah dan tidak selesa. Keadaan inilah yang dikenali sebagai ruam lampin.

Apakah itu Ruam Lampin?

Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang berwarna merah dan merengsakan. Lazimnya, ia terjadi di bahagian dan di sekitar tempat yang ditutupi lampin. Ia melibatkan bahagian kemaluan, punggung, kelangkang dan peha.

Apakah yang menyebabkan Ruam Lampin?

·         Ruam lampin boleh berlaku apabila kulit bayi yang sensitif menyentuh:
·         Air kencing terutama apabila lampin dipakai terlalu lama. Gangguan bahan kimia dari ammonia yang dihasilkan oleh air kencing akan memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit. Ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan keradangan.
·          Najis bayi terutama najis cair yang mungkin disebabkan oleh makanan bayi, ubat-ubat tertentu atau apabila tumbuh gigi.
·         Bahan kimia seperti jenis sabun tertentu atau serbuk sabun yang digunakan untuk mencuci lampin (dapatkan nasihat pegawai farmasi atau doktor).

Gejala-gejala Ruam Lampin

·         Kulit kelihatan merah, sedikit kasar dan berkerak di bahagian punggung, kemaluan, kelangkang dan peha.
·         Jika ia dijangkiti kuman, kawasan ruang lampin akan kelihatan berwarna merah garang, diseliputi ruam yang berkilat dan bertompok-tompok dan dipenuhi dengan bintil-bintil kecil di luar bahagian utama yang dijangkiti.

Penjagaan sendiri

·         Dedahkan kawasan ruam kepada udara dengan menanggalkan lampin dari bayi sekerap yang mungkin terutamanya jika ruam bertambah teruk.
·         Apabila anda dapati lampin telah basah atau kotor tukarkannya dengan segera .
·         Basuh punggung bayi setiap kali anda menukar lampin untuk membersihkan sisa air kencing atau lembapan dengan air suam atau krim sorbolone yang telah dibancuh dengan air (dapatkan nasihat dari pegawai farmasi).
·         Sapu krim pelindung setiap kali anda menukar lampin (krim akuas, minyak mineral atau losyen lemak 'wool', zink dan krim minyak kastor).
·         Jangan mencuci kawasan ruam dengan sabun terlalu kerap; 1-2 kali seminggu sudah mencukupi.
·         Jangan menggunakan talkum/bedak bayi atau seluar plastik..
·         Gunakan pelapik lampin yang lembut untuk melindungi kulit bayi yang sensitif.
·         Cuba elakkan dari memberi makanan atau mengguna bahan kimia baru yang mungkin merupakan penyebab ruam lampin.
·         Jika anda menggunakan lampin kain, pastikan ia dibilas dengan teliti setiap kali dicuci.

Jangan...

·         Membiarkan bayi dalam keadaan basah atau memakai lampin yang kotor.
·          Kerap menggunakan seluar plastik terutamanya di waktu malam.
·         Menggunakan krim kortison sebelum mencuba kaedah penjagaan sendiri seperti di atas. Anda mungkin hanya merawat gejala ruam lampin sahaja dan bukan penyebabnya.

Menangani obesiti ibu hamil


Hospital Northwestern Memorial di Chicago kini mewujudkan satu program percubaan khas untuk mencegah obesiti dalam kalangan ibu-ibu hamil.
 
ELENA NIEVES (kiri) yang sedang hamil mendengar arahan daripada seorang pengajar Psikologi Senaman, Lindsey Hanna di Hospital Northwestern Memorial, Chicago.

ELENA NIEVES, 23, yang mempunyai ketinggian 1.7 meter kelihatan seperti seorang gadis poster untuk satu program khas obesiti dalam kalangan ibu-ibu hamil. Sebelum disahkan hamil oleh doktor, dia baru kehilangan 23 kilogram (kg) dan kelihatan sihat.

Tetapi menjelang minggu ke-15 dia hamil, berat badan Nieves naik mendadak.

"Rupa-rupanya, saya hamil pada Disember tahun lalu, dan hanya berjumpa doktor pada pertengahan bulan Januari. Ketika itu, berat badan saya sudah meningkat sebanyak tujuh kg," kata Nieves.

Ekoran pernah berdepan dengan masalah berat badan ketika hamil, Nieves nekad untuk melakukan sesuatu.

Nieves menjadi ahli terbaru dalam satu program yang masih dalam tempoh percubaan di Hospital Northwestern Memorial di Chicago. Ia diwujudkan bagi memberi peluang kepada ibu-ibu hamil mengawal berat badan.

Berdasarkan kajian terbaru, berat badan berlebihan dalam kalangan ibu-ibu hamil boleh memberi kesan kepada kandungan dan si ibu. Ini kerana obesiti boleh meninggalkan komplikasi sepanjang proses mengandung sekali gus meletakkan risiko bayi menghidap penyakit diabetes dan juga obesiti.

"Kami tahu sejak dulu lagi, anak yang dilahirkan oleh ibu yang berlebihan berat badan akan mengalami masalah yang sama setelah dilahirkan," kata Pengarah Northwestern Comprehensive Center on Obesity, Dr. Robert Kushner.

Menurutnya, para pengkaji membuat kesimpulan itu kerana ibu-ibu yang obesiti boleh mewarisi tabiat makan mereka kepada bayi yang dilahirkan.

Malah, hasil kajian kemanusiaan turut melaporkan bahawa persekitaran fetus berkembang di bawah pengaruh genetik.

"Ia seperti lahir dengan gari di tangan. Dalam persekitaran seperti itu, bagaimana mereka boleh terlepas? soal Kushner yang merujuk kepada epidemik obesiti yang menjejaskan 17 peratus daripada kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS).

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS menganggarkan hampir suku daripada empat juta kelahiran pada setiap tahun melibatkan wanita yang obes.

  
WANITA hamil wajar menjaga pemakanan dan kesihatan tubuh mereka untuk kesejahteraan bayi dalam kandungan.

Obesiti meningkatkan risiko diabetes, hipertensi, penyakit jantung, strok, kanser dan banyak lagi.

Dalam satu laporan pada tahun 2000, pakar bedah AS menganggarkan kos untuk merawat obesiti mencecah RM424 bilion setiap tahun.

Kushner memberitahu, program yang dijalankan di Northwestern merupakan yang pertama di negara itu yang kini berusaha mengatasi masalah obesiti ketika hamil.

Katanya, wanita hamil selalu tidak mengendahkan masalah berat badan mereka kerana mereka bimbang mengawal berat badan boleh menjejaskan kandungan.

Tetapi, jika mereka tidak melakukan apa-apa, ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi.

Doktor telah merujuk 20 kes wanita hamil yang obes sejak program itu bermula pada November lalu. Hasilnya, program itu kini menerima peserta baru pada setiap minggu.

Wanita-wanita tersebut akan diberikan kelas mengenai nutrisi, tekanan, senaman dan menyimpan log mengenai diet dan juga aktiviti harian.

Jururawat yang mengendalikan program itu, Charlotte Niznik memberitahu, kumpulan tersebut akan memberikan perkhidmatan melalui dalam talian tidak lama lagi.

"Segalanya kini semakin mudah. Jika kita masih malas, kita tidak akan mengambil bahagian," katanya.

Selain itu, bantuan dana yang diberikan untuk tiga tahun membolehkan mereka mengadakan program tersebut secara percuma.

Mereka berharap dapat menarik perhatian golongan kulit hitam dan juga Hispanik yang paling berisiko untuk mendapat komplikasi obesiti.

Niznik juga berkata, beberapa wanita dalam program ini telah menjalani pembedahan pintasan gastrik kerana takut berat badan mereka bertambah.

"Mereka berusaha untuk mengekalkan berat badan normal ketika mengandung iaitu tidak lebih daripada tujuh kg. Ini kerana mereka adalah wanita yang obes yang mempunyai berat antara 136kg hingga 180kg," katanya.

Dengan 90kg, berat Nieves dikira masih tidak terlalu berbahaya tetapi peningkatan sebanyak 10kg setakat ini, menjadikan dia salah seorang daripada wanita hamil yang obes.

Semasa mengandungkan anak yang sebelumnya, Nieves berasa tertekan dengan pakar perbidanannya yang menyuruh dia menambah berat badan.

"Ketika itu, berat saya adalah 100kg. Saya beritahunya bahawa saya sudah berlebihan berat dan saya tidak mahu menambahnya lagi.

"Tetapi dia memberitahu bahawa saya perlu menambah berat badan sebanyak satu paun setiap minggu sehingga saya bersalin. Ini bermakna berat saya akan bertambah sebanyak 40 paun," katanya.

Dia berharap, program yang disertainya itu dapat mengurangkan tekanannya yang bimbang mengalami masalah berat badan.

"Saya seorang Hispanik. Ibu mertua saya pula memaksa saya makan banyak kerana katanya, bayi yang dilahirkan perlu sihat dan gemuk," ujarnya.

Seorang ahli obstetrik, Dr. Alan Peaceman yang mengendalikan program itu berkata, matlamat utama program tersebut adalah untuk membantu wanita seperti Nieves hamil secara sihat.

Mereka berharap dapat mengumpul data bagi mengurangkan komplikasi ibu dan bayi daripada mempunyai berat badan yang boleh mendatangkan bahaya.

"Jika kami boleh membuktikan bahawa mengawal berat badan ketika hamil boleh mengubah trend sedia ada, ia akan menyelesaikan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak," katanya. - Reuters

--- KOSMO

Thursday, November 12, 2015

Demam Denggi

Pengenalan


Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.


Tanda dan gejala
  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  • Muntah dan kurang selera makan.

Pemastian diagnosa penyakit

Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).

Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.

NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam.
Rawatan
  • Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
  • Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
  • Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
  • Mandi jerlum.
  • Antibiotik tidak diperlukan.

Demam Denggi Berdarah

Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.

Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.

Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.

Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.


Faktor penyumbang

Intravena:
  • Pembangunan yang pesat di bandar-bandar terutama di Negara Tropika menyebabkan kepadatan penduduk tinggi dan tapak binaan yang banyak.
  • Peningkatan penggunaan bahan plastik dan pembuangan tayar lama boleh menyebabkan pembiakan nyamuk yang baru.
  • Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan penularan berlaku dengan cepat.

Pencegahan

Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.

Elakkan gigitan nyamuk dengan:
  • Gunakan ubat nyamuk.
  • Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:
  • Muntah berlarutan/berpanjangan.
  • Sakit perut.
  • Kurang bermaya/sawan.
  • Sesak nafas.
  • Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
  • Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.
Maklumat lanjut
  • Sila berjumpa Pegawai Perubatan atau Pakar Pediatrik.
  • Pejabat Kesihatan berhampiran.
  • Klinik Kesihatan berhampiran.
  • Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit melalui laman web, www.dph.gov.my atau telefon : 03-8883 3888.
Rujukan
  • Dengue and Dengue Haemorrhagic Fever Fact Sheet, Center for Disease Control and Prevention, Puerto Rico.
  • Dengue Fever , Center for Disease Control and Prevention, Puerto Rico.
  • Dengue, DHPE Publications.
  • Dengue fever, Wisconsin Department of Health and Family Services.
  • Disease fact sheet : Dengue and Dengue Haemorrhagic Fever, World Health Organization.
  • Dengue Fever/Dengue Haemorrhagic Fever, World Health Organization.
  • Clinical Diagnosis and Assessment of Severity of Confirmed dengue Infection in Vietnamese Children : Is the WHO classification system helpful ? Cao Xuan Thank Phuong et al., Am. J. Trop. Med. Hyg., 70(2),2004,pp 172-179.
  • Dengue Fever, U.S. Army Center for Health Promotion and Preventive Medicine, Maryland.
- Sumber: myhealth.gov.my

Penyakit Psoriasis

Cabaran stigma sosial psoriasis

RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM  |  08 November 2015 4:00 PM


KIM Kardashian bersikap terbuka berkongsi mengenai penyakit psoriasis yang dihidapinya dan mahu masyarakat lebih memahami ia.

MALU, rendah diri, murung, terpencil dan sekali-sekala terasa hendak membunuh diri kerana penyakit tidak dapat diubati, itulah antara keluhan yang sering didengari dalam kalangan pesakit psoriasis apabila ditemubual.

Sesungguhnya, psoriasis merupakan penyakit serius yang membebankan dan mempunyai impak negatif kepada kualiti hidup seharian tetapi sering menjadi stigma sosial dan kurang difahami dalam kalangan masyarakat.

Sekitar satu hingga tiga peratus populasi dunia menghidapi penyakit ini. Menurut kajian yang dipaparkan di Jurnal Perubatan Malaysia, dua hingga enam peratus pesakit baru yang berjumpa pakar kulit di hospital kerajaan didapati mempunyai penyakit psoriasis dan laporan tahunan Pejabat Pendaftaran Psoriasis Malaysia menyatakan seramai 12,000 telah berdaftar sehingga tahun 2015.

Radang kulit yang sukar disorok dengan rupa tompok-tompok merah tebal serta bersisik di kulit yang senang dilihat mengundang jelingan orang di sekeliling dan muncul stigma negatif yang membuatkan ramai penghidap psoriasis disisih masyarakat dan tidak mendapat layanan sama seperti orang lain.

Stigma seperti radang kulit tersebut boleh berjangkit melalui sentuhan dan pelukan serta merasakan ia sesuatu yang parah seperti kanser merupakan perkara biasa yang sering diterima mereka yang menghidap psoriasis.

Hakikatnya, penghidap psoriasis dapat menjalankan kehidupan seperti biasa dan orang ramai tidak perlu bimbang untuk bersosial dengan mereka seperti biasa kerana ia tidak berjangkit apa lagi memudaratkan mereka.

Ujar Pakar Perunding Dermatologi, Hospital Pulau Pinang dan KPJ Penang Specialist Hospital, Dr. Khor Yek Huan, cabaran stigma sosial terhadap psoriasis perlu ditangani dengan memberi kefahaman kepada orang ramai tentang apa itu penyakit psoriasis yang sebenarnya.

Selain itu, rawatan awal juga amat ditekankan kepada penghidap psoriasis kerana walaupun ia tidak dapat diubati, gejala penyakit tersebut boleh dikawal dengan rawatan yang sepatutnya.

“Psoriasis merupakan penyakit kulit yang bersifat keturunan dan autoimum yang mana sistem imum badan sendiri menyerang dan menyebabkan radang kulit. Akibat daripada serangan sistem imum badan, sel darah putih khas yang bernama limfosit berkumpul di bahagian lapisan bawah kulit dan menghasilkan bahan kimia biologi iaitu cytokine.

“Bahan ini mempercepatkan proses penumbuhan dan penggantian kulit daripada 30 hari dalam individu yang normal kepada lima hingga tujuh hari hari dalam pesakit psoriasis. Kulit berlebihan yang dihasilkan bersama dengan proses keradangan akan menyebabkan pembentukan tompok-tompok merah tebal serta bersisik yang kelihatan di permukaan kulit,” ujarnya yang juga merupakan ahli Persatuan Dermatologi Malaysia.

Lebih daripada 40 lokasi gen sudah dikenalpasti sebagai pembawa psoriasis dan dalam kalangan gen itu, HLA cw-6 di lokasi PSOR-1 dan CARD4 merupakan gen pembawa yang paling dikenali.

Rawatan awal

Psoriasis merupakan penyakit yang sukar disorok kerana tompok-tompok merah di kulit senang dilihat oleh orang. Pesakit-pesakit Psoriasis mempunyai kualiti hidup yang rendah, sering disisihkan oleh kawan-kawan dan ahli-ahli keluarga, mempunyai keyakinan diri yang rendah dan berasa malu kerana penyakit mereka.

Terang Dr. Khor, rawatan awal amat penting bagi penghidap psoriasis kerana selain dapat meningkatkan kualiti hidup dengan mengawal gejalanya, ia juga bagi mengelakkan masalah-masalah lain yang berkait rapat.

“Dalam kes yang ekstrem, pesakit menjadi murung dan berkecenderungan untuk membunuh diri. Mengikut kajian, terdapat seramai 10 peratus pesakit psoriasis pernah berfikir tentang bunuh diri.

“Selain itu, radang sendi perlu dikesan awal supaya rawatan dapat diberikan untuk mencegah kecacatan. Kajian terbaru juga menunjukkan pesakit psoriasis berisiko tinggi untuk menghidap kencing manis, darah tinggi, penyakit kolesterol, obesiti, kanser, penyakit auto-imun dan penyakit jantung koronari yang memendekkan jangka hayat pesakit psoriasis.

“Risiko untuk mendapat penyakit jantung juga boleh dikurangkan dengan rawatan awal psoriasis yang berkesan,” ujarnya.

--- UTUSAN MALAYSIA

Cabaran stigma sosial psoriasis

- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/cabaran-stigma-sosial-psoriasis-1.156067#sthash.BWdeZnUz.dpuf

Cabaran stigma sosial psoriasis

- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/cabaran-stigma-sosial-psoriasis-1.156067#sthash.BWdeZnUz.dpuf

Cabaran stigma sosial psoriasis

- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/cabaran-stigma-sosial-psoriasis-1.156067#sthash.BWdeZnUz.dpuf

Cabaran stigma sosial psoriasis

- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/cabaran-stigma-sosial-psoriasis-1.156067#sthash.BWdeZnUz.dpuf

Penyakit Ektodrem Displasia (ED)


Sindrom pelik ubah bayi jadi tua

 

 ZOE memangku Cameron bersama suaminya, Craig McDonald (kiri) dan dua anak mereka yang menghidap ED iaitu Lennon (dua dari kiri) dan Richard.



BERKACA MATA dan mempunyai rambut yang nipis serta halus, dua adik-beradik dari Bri­tain, Lennon dan Richard McDo­nald kelihatan tidak ubah seperti seorang pesara.

Realitinya, kedua-dua mereka baru sahaja berusia lima dan enam tahun.

Disebabkan mereka disahkan menghidap penyakit Ektodrem Displasia (ED) sejak kecil lagi, Lennon dan Richard terpaksa akur dengan tanggapan awal masyarakat yang sering kali tersalah tafsir mengenai umur mereka apabila berjumpa kali pertama.

Bagaimanapun, adik bongsu mereka, Cameron, 2, tidak menghidap penyakit itu.

ED merupakan penyakit ganjil yang menyebabkan rambut, gigi dan kuku tumbuh secara tidak normal.
Ia merupakan penyakit yang mempu­nyai 150 simptom berlainan dan terjadi disebabkan oleh keturunan.
Lebih malang, kedua-dua kanak-kanak itu juga tidak mempunyai kelenjar peluh menyebabkan mereka tidak dapat me­ngawal suhu badan dan berisiko di­serang sawan yang boleh membawa maut.

Menurut ibu mereka, Zoe McDonald, 27, kedua-dua anaknya tidak mempunyai gigi susu, melainkan gigi taring. Perkara itu menyukarkan mereka makan kerana mulut tidak dapat mengeluarkan air liur.

“Pada usia 16 bulan, kulit Richard didapati pucat, dia tidak mempunyai rambut, kening dan hanya dua batang gigi taring.

“Oleh kerana dia tidak mempunyai gigi, dagunya kelihatan seperti tenggelam dan menjadikan dirinya kelihatan lebih tua daripada usia,” jelasnya.

Ujar Zoe, dia menyangka anak sulung­nya sahaja yang menghidap penyakit tersebut, namun siapa sangka perkara yang sama turut berlaku kepada anak ke­duanya, Lennon.

Mangsa ejekan

“Membesarkan anak-anak yang mempunyai fizikal berlainan daripada kanak-kanak lain bukan satu perkara yang mudah.

“Hampir setiap saat saya sering diasak dengan pertanyaan mengapa sifat mereka berbeza dan tidak sama seperti adik serta rakan-rakan yang lain.

LENNON dipakaikan gigi palsu bagi memudahkannya mengunyah makanan.


“Lennon pernah bertanya saya mengapa gigi dan rambutnya sikit. Perkara tersebut hampir membuatkan saya menangis dan hampir berputus asa,” jelasnya.
Ujar Zoe, disebabkan kekurangan yang dihadapi oleh kanak-kanak itu, Richard dan Lennon sering merungut setiap kali pulang dari sekolah.

“Saya pernah ditanya sama ada mereka mengalami penyakit progeria iaitu kea­daan yang menyebabkan kanak-kanak kelihatan seperti orang tua dan membesar dengan lebih cepat.

“Sehingga ke satu tahap, kawan-kawan saya me­nyangka anak-anak saya menghidap kan­ser. Walaupun telah diterangkan berulang kali, namun saya masih ditanya soalan yang sama,” jelas Zoe.

Ujarnya, walaupun kedua-dua anaknya mempunyai kekurangan, namun perkara tersebut sedikit pun tidak membunuh pera­saan sayangnya terhadap Richard dan Lennon.

“Sekitar bulan Ogos lalu, kami telah memasang gigi palsu kepada kanak-kanak ini untuk membolehkan mereka mengunyah makanan dengan betul.

“Sejak mempunyai gigi baharu, mereka kelihatan begitu gembira dan boleh makan dengan mudah,” ujarnya.

Sokongan

Bagaimanapun, menurut Zoe, di sebalik kegembiraan tersebut, mereka terpaksa berhadapan de­ngan masalah lain. Ini kerana, disebabkan ketiadaan kelenjar peluh ketika dilahirkan, mereka tidak berupaya untuk mengawal suhu tubuh dengan betul.

“Mereka tidak boleh terlalu panas atau terlalu sejuk kerana suhu tersebut mening­katkan risiko untuk terkena sawan.

“Perkara itu menyebabkan saya terpaksa mengawal suhu sekeliling mereka dengan menyediakan penyaman udara dan alat pemanas pada satu masa yang sama,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif Persa­tuan Ektodrem Displasia, Diana Perry berkata, ED dihidapi oleh kira-kira 7,000 orang di dunia.

“Sebenarnya ED mempunyai lebih 150 simptom yang berbeza dan ia hanya dapat dikesan selaras dengan perkembangan penghidap itu sendiri.

“Secara purata, kira-kira enam orang kanak-kanak didiagnos menghidap pe­nyakit ED setiap tahun,” jelasnya.

Menurut Perry, ED mengeluarkan satu siri gangguan genetik yang boleh memberi kesan kepada pembangunan atau fungsi gigi, rambut, kuku dan kelenjar peluh.

“Ia juga boleh memberi kesan kepada kulit, retina mata, bahagian telinga dalam, pembangunan jari tangan dan kaki, saraf dan lain-lain bahagian badan.

“Individu yang menghidap ED memerlukan bantuan sokongan untuk hidup seper­ti gigi palsu, penyaman udara dan haba,” jelasnya.

- KOSMO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...