Pages

Tuesday, April 9, 2013

Manusia bukan penyebar H7N9

9 April 2013 
 
BEIJING - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), semalam memaklumkan kajian menunjukkan virus selesema burung H7N9 yang melanda China pada masa ini tidak disebarkan oleh manusia walaupun ia telah meningkat kepada 21 kes.

"Bagaimanapun, kami masih belum mengenal pasti sumber penyebaran wabak pembawa maut itu," kata Wakil WHO, Michael O'Leary.

Kelmarin menurut laporan AP, China memaklumkan tiga lagi kes  terbaru H7N9 dilaporkan di negara tersebut selepas enam maut akibat virus berbahaya itu.

--- SINAR HARIAN

No comments:

Post a Comment