PENAFIAN:


Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor / pakar perubatan bertauliah
mengenai kesihatan anda.

Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera.

Thursday, October 9, 2008

HIV sejak 100 tahun lalu

VIRUS HIV dikenalpasti berasal sejak 100 tahun lalu selepas didakwa disebarkan melalui cimpanzi di Afrika.


VIRUS yang membawa penyakit AIDS telah berlegar di kalangan manusia selama 100 tahun, beberapa dekad lebih lama berbanding jangkaan saintis sebelum ini. Demikian satu kajian terbaru mencadangkan. Analisis genetik itu menganggarkan asal virus HIV antara tahun 1884 hingga 1924 dengan anggaran utama pada tahun 1908.
Sebelum ini, saintis telah menganggarkan asal HIV sekitar tahun 1930. AIDS tidak dikenalpasti secara formal sehinggalah pada tahun 1981 apabila ia mendapat perhatian kementerian kesihatan awam Amerika Syarikat (AS).
"Keputusan terbaru itu tidak membawa anjakan perubahan yang ketara tetapi ia membawa makna bahawa virus tersebut telah wujud lebih lama dari yang kita tahu," kata Michael Worobey dari University of Arizona yang juga pelapor kajian terkini itu.
Keputusan tersebut disiarkan dalam jurnal Nature baru-baru ini. Para pengkaji mendapati bahawa tarikh anggaran itu berlaku ketika bandar-bandar di Afrika mula dibangunkan. Mereka juga mencadangkan pembangunan urbanisasi yang berlaku telah membawa kepada permulaan kelahiran HIV dan sebaran awalnya.
Saintis berkata HIV diwarisi daripada virus pada cimpanzi yang memasuki ke dalam tubuh manusia di Afrika, berkemungkinan apabila manusia menjual daging cimpanzi. Banyak individu pada masa itu dijangkiti dengan cara tersebut," kata pengkaji.
Tetapi pembangunan bandar-bandar di Afrika mungkin telah mengubahnya apabila banyak manusia tinggal lebih rapat dan membawa kepada aktiviti pelacuran, cadang Worobey. "Bandar-bandar adalah tempat yang ideal bagi virus seperti HIV. Ia menyediakan lebih peluang untuk menjangkiti seseorang kepada seseorang yang lain," katanya.
Barang kali juga ada seorang individu yang dijangkiti virus ini di kawasan pedalaman yang telah pergi ke satu tempat yang kini kita panggilnya, Kinshasa, Congo," tambah Worobey.
Kunci kepada kajian terbaru itu ialah penemuan satu sampel HIV yang telah diambil daripada seorang wanita di Kinshasa pada tahun 1960. Ia merupakan salah satu daripada dua sampel yang hanya didapati sebelum tahun 1976. Satu lagi sampel merupakan dari tahun 1959 dan juga di Kinshasa.
Kajian terbaru itu secara jelas 'membaiki' tanggapan lalu bahawa virus HIV berasal sekitar tahun 1930, kata Dr. Anthony Fauci dari Institut Alahan dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan di Bethesda, Maryland, A.S.
Fauci menyifatkan penemuan itu sebagai satu perubahan pendapat yang baik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...