PENAFIAN:
Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor/pakar perubatan bertauliah
mengenai kesihatan anda.

Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera.

Followers

Saturday, May 11, 2013

KHASIAT DURIAN BELANDA

PENYELIDIKAN PERUBATAN YANG DIRAHSIAKAN

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat daripada terapi kemo. 

Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. 

Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. 

Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus. 

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. 

Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. 

Fakta yang membingungkankan adalah: 

Jauh di pedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup. 

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. 

Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. 

Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? 

Jawabnya adalah : 

Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan! 

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. 

Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : 

kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : 

sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. 

Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. 

Hasilnya sangat menakjubkan. 

Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !
Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. 

Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. 

Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. 

Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. 

Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. 

Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. 

Hasilnya sangat mengejutkan. 

Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. 

Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. 

Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza. 

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: 

Prostat, Pankreas, dan Paru-paru. 

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: 

New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. 

Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. 

Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. 

Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. 

Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT.... insyaALLAH!

Tuesday, April 9, 2013

Manusia bukan penyebar H7N9

9 April 2013 
 
BEIJING - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), semalam memaklumkan kajian menunjukkan virus selesema burung H7N9 yang melanda China pada masa ini tidak disebarkan oleh manusia walaupun ia telah meningkat kepada 21 kes.

"Bagaimanapun, kami masih belum mengenal pasti sumber penyebaran wabak pembawa maut itu," kata Wakil WHO, Michael O'Leary.

Kelmarin menurut laporan AP, China memaklumkan tiga lagi kes  terbaru H7N9 dilaporkan di negara tersebut selepas enam maut akibat virus berbahaya itu.

--- SINAR HARIAN

Wednesday, March 20, 2013

Mata buta kerana katarak

KATARAK mata biasanya disebabkan oleh diabetes dan penggunaan steroid.

KUALITI penglihatan sering berkait rapat dengan umur tetapi tidak kurang juga mata kabur disebabkan pelbagai insiden tidak diingini termasuk diabetes atau kemalangan di tempat kerja. Tetapi, jika pada satu hari anda hanya melihat asap atau objek warna kelabu, situasi itu mungkin disebabkan oleh penyakit katarak.

Katarak berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud air terjun.

Menurut kepercayaan kuno sebelum tahun 1700, katarak terjadi hasil dari pengaliran cecair pekat seperti air terjun ke dalam mata.

Hasil kajian perubatan berterusan masalah itu berpunca kerana proses penuaan, kecederaan, perubahan metabolik, penyakit dan sebagainya.

Lazimnya, katarak merupakan penyakit mata semula jadi dalam kalangan warga emas. 

Ia juga menjadi penyebab utama kerosakan penglihatan dan kebutaan di Malaysia.

Menurut Ketua Pakar Bedah Oftalmik Pusat Pakar Mata Vista Laser Eye Centre, Dr. Aloysius Low, apabila seseorang mencecah umur lebih 45 tahun, sesetengah individu akan mengalami masalah penglihatan seperti kehilangan kejelasan dan perbandingan warna (meluntur atau berubah) disebabkan katarak. 

“Katarak ialah kekaburan pada kanta semula jadi dalam mata yang menghalang laluan cahaya ke dalam mata. 

“Individu yang mengalami katarak menghadapi kesukaran melakukan rutin harian kerana penglihatan kabur walaupun selepas memakai dan sering menukar cermin mata,” katanya.

Purata umur bagi rakyat negara ini untuk menghadapi masalah katarak ialah 58 tahun.

Aloysius memberitahu, selain mengalami masalah penglihatan berganda dan masalah silau kerana sinar lampu atau matahari, penglihatan malam mereka juga terjejas akibat silau daripada lampu kenderaan dan lampu isyarat. 

Tonton televisyen

Seramai 18 juta orang di seluruh dunia menghidap katarak dan ia merupakan punca utama gejala buta di dunia selepas glaukoma.

Glaukoma merupakan sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata.

Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu menjadi semakin sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta.

Terang Aloysius, penyakit katarak bukan sahaja dihadapi oleh orang berumur malah yang berisiko menghidapnya orang muda.

“Puncanya kerana diabetes atau penggunaan steroid,” katanya.

Katarak boleh terjadi pada sebelah mata dan kedua-dua belah mata malah selain boleh terdapat lebih daripada satu bentuk katarak pada mata yang sama.

Selain itu, penyakit ini boleh berpunca disebabkan pendedahan kadar radiasi yang tinggi seperti mereka yang sering bekerja di bawah panas terik matahari dalam jangka masa panjang.

Katanya lagi, pendedahan berpanjangan menonton televisyen atau gajet elektronik juga boleh menyebabkan katarak.

“Namun, tiada bukti lanjut kesan secara langsung penyakit ini kerana gajet elektrik,” katanya.

Sebenarnya, terdapat tiga tahap katarak iaitu katarak tidak matang, matang dan terlampau matang.

“Penyakit ini tidak mengira faktor jantina sama ada lelaki mahupun wanita,” jelasnya.

Namun, jika seseorang mengalami penglihatan semakin buruk perlu segera berjumpa dengan pakar mata dengan kadar segera lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai sejarah diabetes.

“Disebabkan teknologi pembedahan dan kanta semakin canggih, masalah buta serta kerosakan penglihatan yang disebabkan oleh katarak kini sudah boleh dielakkan,” katanya.

Jelasnya lagi, katarak kini boleh disembuhkan melalui pembedahan yang hanya mengambil masa singkat dengan menggunakan kaedah pembedahan katarak tanpa pisau LenSx.

Ia adalah teknologi terbaharu merawat katarak. 

Setelah katarak dikeluarkan sepenuhnya, pakar bedah membersihkan kapsul di belakang mata untuk mengurangkan kejadian kegelapan kapsul belakang (katarak yang kedua). 

Langkah terakhir ialah untuk memasang lensa intraokular.

“Prosedur ini terbukti berkesan menghasilkan penglihatan yang jelas serta mengurangkan masa pembedahan dengan memulihkan posisi lensa intraokular. Pesakit hari ini mementingkan keselamatan dan keupayaan untuk melihat dengan lebih jelas tanpa bergantung kepada cermin mata selepas pembedahan,” jelas Aloysius.

Hanya pembedahan sebelah mata sahaja dilakukan pada satu-satu masa.
Jika pesakit perlu melakukan pembedahan pada kedua-dua belah mata, pembedahan mata yang satu lagi perlu dilakukan selang tujuh hari.

Tempoh pembedahan pembuangan katarak dijalankan kurang seminit. 

Namun, proses membersihkan mata selepas pembedahan mengambil masa lebih panjang. 

Secara keseluruhannya, masa yang diperlukan ialah sekitar 20 minit.

“Keputusan dapat diperoleh dengan pantas selain pesakit tidak mengalami rasa sakit. Pembedahan juga tidak meninggalkan parut,” ujarnya.

--- KOSMO

Tuesday, March 19, 2013

Teknik revolusi baru pemindahan hati

19 Mac 2013
Teknik revolusi baru pemindahan hati
Ciptaan ini dapat memastikan hati terus berada pada suhu tubuh, sekali gus mengurangkan risiko kerosakan organ berkenaan. Foto: Reuters
LONDON - Pakar bedah Britain mendakwa mereka berjaya melakukan pemindahan hati ke atas dua pesakit menggunakan 'teknik revolusi' yang akan memastikan organ kekal pada suhu sepatutnya dan terus berfungsi walaupun sudah dikeluarkan dari tubuh.

Memetik laporan Al-Jazeera kumpulan pakar yang melakukan prosedur itu di Hospital King College di London memaklumkan kejayaan mereka akan menjadi titik tolak dalam bidang perubatan.

Difahamkan, teknologi baru tersebut dicipta hasil cetusan idea 20 jurutera di Universiti Oxford dan ia mengambil masa lebih 20 tahun untuk direalisasikan.

Profesor Constantin Coussios di universiti terkemuka itu menyatakan ciptaan mereka membolehkan hati kekal pada suhu seperti berada dalam tubuh manusia kerana sel darah merah masih bergerak dalam kapilari.

Dalam satu kenyataan lain, perunding pakar bedah pemindahan hati, Wayel Jassem berkata, teknologi tersebut mempunyai potensi besar untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa memandangkan angka dalam senarai menunggu juga semakin meningkat setiap tahun

Sebelum ini, organ yang didermakan perlu disimpan dalam bekas ais untuk tujuan memperlahankan metabolisme tetapi kaedah tersebut sebenarnya menjadi punca ia menjadi rosak sebelum dipindahkan ke tubuh penerima.

--- SINAR HARIAN

Sunday, March 17, 2013

Racun lebah mampu bunuh virus HIV

17 Mac 2013
Racun lebah mampu bunuh virus HIV
Ilustrasi tindak balas melittin terhadap virus HIV
WASHINGTON - Sekumpulan saintis dari Universiti Washington di St Louis, Amerika Syarikat berjaya membuktikan bahawa racun lebah mampu membunuh dan menyembuhkan pesakit dijangkiti virus Human Immunodeficiency Virus (HIV).

Saintis, Joshua L Hood berkata, penggunaan racun lebah melittin dan partikel nano mampu membunuh virus ini dengan tindak balas darah manusia.

"Melittin pada partikel nano dapat menyerap lapisan luar virus dan membentuk pori kecil lalu meleraikan lapisan pelindung virus,” katanya dipetik laporan Science news

Menurutnya, melittin dan partikel nano hanya bertindak balas pada HIV dan tidak menjejaskan sel manusia.

"Tindak balas ini mampu menghapuskan kehadiran virus HIV dari tubuh manusia namun ia  berbeza dengan perawatan anti-retroviral yang hanya mencegah reproduksi HIV.

Beliau berkata, kajian juga mendapati racun lebah juga boleh disuntik pada salah satu sel kemaluan wanita untuk mencegah jangkitan HIV.

--- SINAR HARIAN

Sunday, February 17, 2013

Malaria berasal dari monyet cimpanzi?

Beberapa tahun kebelakangan ini, penyakit-penyakit seperti HIV-AIDS dan Ebola dikatakan berkait rapat dengan monyet cimpanzi. Terbaru, para saintis mendapati penyakit maut, malaria juga berpunca daripada monyet ini.

Melalui laporan Proceedings of the National Academy of Sciences, Dr. Nathan D. Wolfe, mendedahkan: ”Seperti sejarah, malaria telah sekian lama menjadi penyakit manusia. Kini, jelas bahawa sesuatu penyakit yang merebak daripada haiwan kepada manusia bukan sahaja boleh bertahan selama beberapa dekad, malah berkurun-kurun lamanya,” kata Wolfe dari Universiti Stanford.
CIMPANZI memiliki sejenis parasit yang mirip parasit penyebab malaria.

Malaria yang meragut lebih sejuta nyawa di seluruh dunia setiap tahun ini berpunca daripada sejenis parasit, Plasmodium falciparum. Parasit ini berjangkit daripada seorang manusia kepada yang lain menerusi gigitan nyamuk.

Monyet cimpanzi didapati memiliki sejenis parasit yang berkaitan iaitu Plasmodium reichenowi. Kajian mendapati parasit versi manusia itu lebih cenderung terhasil daripada jenis parasit monyet cimpanzi. – AP
 --- KOSMO

Saturday, February 16, 2013

Jantung terasa bagai ditekan

Tidak semua sakit dada diakibatkan oleh serangan jantung. Ada pelbagai sebab yang mampu menyebabkan sakit pada bahagian dada yang hampir sama simptomnya dengan serangan jantung.

Kebiasaannya, sakit dada disebabkan otot dan tulang rangka paru-paru serta hanya beberapa peratus kecil yang datang ke unit kecemasan dengan masalah ini adalah serangan jantung.

Serangan jantung yang ‘klasik’ ialah sakit di bahagian tengah atau kiri dada. Ia bukan terasa sakit tetapi digambarkan seperti jantung ‘ditekan’ dan terasa berat pada bahagian itu.

Ini disertai dengan kebas pada bahagian tangan kiri, dagu kiri, berpeluh, pening dan muntah. Biasanya orang yang diserang serangan jantung akan menunjukkan bahasa badan yang ‘klasik’ iaitu memegang kedua-dua tangan pada bahagian dada kiri dan badan menunduk sedikit.

Untuk mengesahkan ‘sakit’ itu adalah serangan jantung, dua ujian penting perlu dijalankan. Pertama dipanggil electrocardiogram (ECG). Ujian ini dilakukan di mana beberapa wayar diletakkan pada dada dan empat anggota badan.

Ujian ini dapat membantu mengesahkan berlaku serangan dan lebih penting, kemungkinan bahagian jantung mana yang mengalami masalah.
Ujian kedua ialah ujian darah. Ketika serangan jantung berlaku, sel jantung tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi.

Oleh itu, ia akan ‘cedera’ atau ‘mati’. Sel ini akan merembeskan enzim yang boleh dapat dikenal pasti dengan ujian darah berkenaan.
Jika simptom diberikan adalah ‘klasik’ serangan jantung, ujian ECG dan ujian darah memberikan tanda serangan jantung, rawatan segera akan diberikan bergantung pada jenis serangan.

Selain ubatan, prosedur dipanggil angiogram akan dijalankan, di mana lokasi tepat sumbatan pada salur darah jantung dapat dikenal pasti dan diatasi dengan menggunakan alat tertentu.

Jika rawatan dimulakan dalam masa enam jam selepas bermulanya serangan jantung, peluang untuk pesakit selamat lebih tinggi.

Bagi mereka yang berumur lebih 40 tahun, mempunyai sejarah keluarga sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis, perokok atau minum minuman keras, anda dinasihatkan menjalani ujian saringan dipanggil stress test.

Ujian ini dijalankan bagi mereka yang mempunyai risiko itu dan tidak mempunyai simptom supaya salur darah jantung yang tersumbat di peringkat awal dapat dikenal pasti dan dirawat dengan segera sebelum terlambat.

--- HARIAN METRO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CNETERS FOR DISEASE CONTROL: CDC H1N1 Flu Updates