PENAFIAN:


Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor / pakar perubatan bertauliah
mengenai kesihatan anda.

Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera.

Monday, August 17, 2009

Struktur genome virus HIV dikenal pasti

IMEJ struktur yang ditemui dalam genome HIV RNA sebagaimana dikenal pasti pengkaji UNC.



PENEMUAN ini dijangka akan meningkatkan perkembangan strategi menangani virus HIV.


SAINTIS di Amerika Syarikat berjaya menyahkod kesemua struktur genome virus HIV yang menyumbang kepada penyakit Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS). 

Penemuan tersebut dijangka akan meningkatkan perkembangan terhadap strategi dalam menangani virus berbahaya tersebut dengan penggunaan ubatan antivirus terbaru. 

"Kita semakin memahami helah genome yang membantu virus tersebut terlepas dalam pemeriksaan yang dilakukan pakar," ujar Kevin Weeks, profesor di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat (AS). 

Seperti virus lain yang menjadi punca influenza dan hepatitis C, HIV juga membawa maklumat genetik dalam bentuk satu lembaran asid ribonukleik (RNA) berbanding lembaran berganda asid deoksiribonukleik (DNA) yang sering dijumpai dalam kebanyakan organisma hidup dan beberapa jenis virus lain. 


Ini menyebabkan kesukaran untuk menyahkod kerana tidak seperti DNA, RNA mampu membalik dirinya dalam bentuk berpaten jalinan rumit tiga dimensi. 

Kajian awal berjaya membentuk semula model kecil genome HIV. Ia mengandungi dua jalinan yang masing-masing mempunyai hampir 10,000 nukleotaid iaitu blok molekul asas dalam membangunkan DNA dan RNA.

Dengan menggunakan teknik terkini, Weeks dan rakannya menghasilkan imej resolusi rendah dan kawasan lebih luas. 

Ini seterusnya memberi petunjuk dalam menerokai dan menentukan cara genome RNA membantu kitaran hidup virus HIV.

"Salah satu cara ialah mengubah urutan RNA dan melihat sekiranya virus tersebut mengetahuinya," jelas pakar mikrobiologi di universiti tersebut, Ronald Swanstrom.

Sekiranya virus tersebut tidak membiak seperti biasa setelah diganggu dengan proses mutasi, jelaslah ada sesuatu yang penting kepada virus itu untuk hidup. 

AIDS pertama kali diketahui umum pada tahun 1981 apabila doktor di AS menemui kematian kluster luar biasa pada kebanyakan homoseksual di California dan New York.

Kini, virus pemusnah sel imunisasi yang mendedahkan pesakit kepada pelbagai penyakit itu telah membunuh sekurang-kurangnya 25 juta orang manakala 33 juta lagi terus bergelut dengan penyakit maut tersebut.

Friday, August 7, 2009

Anjing sebar wabak pneumonia


IMEJ daripada stesen televisyen CCTV menunjukkan kakitangan perubatan menyembur ubat pembasmi kuman di bandar Ziketan, China semalam.


BEIJING - Seekor anjing dipercayai menjadi punca penularan wabak pneumonia di bandar Ziketan, barat laut China yang sehingga kini menyebabkan tiga orang meninggal dunia manakala lebih 10,000 penduduk dikuarantin, lapor media rasmi Xinhua.

Bandar Ziketan yang terletak di pedalaman wilayah Qinghai dikuarantin sejak Sabtu lalu sebagai usaha untuk mengekang penyebaran wabak yang sangat berbahaya itu.

Seorang pesakit berada dalam keadaan kritikal dan lapan lagi yang dijangkiti terdiri daripada sanak saudara mangsa pertama.

Mangsa pertama yang berumur 32 tahun bekerja sebagai penternak. 

Ujian awal mendapati anjing milik lelaki tersebut mungkin menyebabkan wabak berkenaan.

Pengarah Biro Kawalan Penyakit Qinghai, Profesor Wang Hu berkata, anjing berkenaan dipercayai mati selepas memakan seekor tupai yang dijangkiti bakteria tersebut. 

Lelaki berkenaan mati tiga hari selepas menanam anjingnya.

"Mangsa pertama mati kerana dipercayai (digigit kutu daripada anjing) kerana tidak memakai sebarang alat perlindungan.

"Lelaki itu yang tidak mengetahui dia dijangkiti kemudian menyebarkan kuman tersebut kepada saudara dan jiran-jirannya," kata Wang.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, bakteria yang menyebabkan wabak itu pada kebiasaannya terdapat pada sebahagian haiwan mengunggis di wilayah tersebut seperti tupai.

Agensi berita Xinhua melaporkan, Kementerian Kesihatan China bertindak mengenakan perintah kuarantin itu bagi menghalang penularan wabak.

Wilayah Qinghai merupakan kawasan bergunung-ganang yang berkepadatan rendah sekali gus membantu mengekang penularan wabak tersebut.

"Bekalan makanan di kawasan itu juga dijamin. Masyarakat tempatan tidak perlu untuk melarikan diri dari kawasan bencana," kata seorang pegawai kerajaan tempatan, Dong Fukui.

Sejumlah penduduk di Ziketan sebelum ini dilaporkan merancang untuk melarikan diri dari kawasan kuarantin. - AFP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...