|
|
SAINTIS di Amerika Syarikat berjaya menyahkod kesemua struktur genome
virus HIV yang menyumbang kepada penyakit Sindrom Kurang Daya Tahan
Penyakit (AIDS).
Penemuan tersebut dijangka akan meningkatkan perkembangan terhadap
strategi dalam menangani virus berbahaya tersebut dengan penggunaan
ubatan antivirus terbaru.
"Kita semakin memahami helah genome yang membantu virus tersebut
terlepas dalam pemeriksaan yang dilakukan pakar," ujar Kevin Weeks,
profesor di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat (AS).
Seperti virus lain yang menjadi punca influenza dan hepatitis C, HIV
juga membawa maklumat genetik dalam bentuk satu lembaran asid
ribonukleik (RNA) berbanding lembaran berganda asid deoksiribonukleik
(DNA) yang sering dijumpai dalam kebanyakan organisma hidup dan beberapa
jenis virus lain.
Ini menyebabkan kesukaran untuk menyahkod kerana tidak seperti DNA,
RNA mampu membalik dirinya dalam bentuk berpaten jalinan rumit tiga
dimensi.
Kajian awal berjaya membentuk semula model kecil genome HIV. Ia
mengandungi dua jalinan yang masing-masing mempunyai hampir 10,000
nukleotaid iaitu blok molekul asas dalam membangunkan DNA dan RNA.
Dengan menggunakan teknik terkini, Weeks dan rakannya menghasilkan imej resolusi rendah dan kawasan lebih luas.
Ini seterusnya memberi petunjuk dalam menerokai dan menentukan cara genome RNA membantu kitaran hidup virus HIV.
"Salah satu cara ialah mengubah urutan RNA dan melihat sekiranya
virus tersebut mengetahuinya," jelas pakar mikrobiologi di universiti
tersebut, Ronald Swanstrom.
Sekiranya virus tersebut tidak membiak seperti biasa setelah diganggu
dengan proses mutasi, jelaslah ada sesuatu yang penting kepada virus
itu untuk hidup.
AIDS pertama kali diketahui umum pada tahun 1981 apabila doktor di AS
menemui kematian kluster luar biasa pada kebanyakan homoseksual di
California dan New York.
Kini, virus pemusnah sel imunisasi yang mendedahkan pesakit kepada
pelbagai penyakit itu telah membunuh sekurang-kurangnya 25 juta orang
manakala 33 juta lagi terus bergelut dengan penyakit maut tersebut.
No comments:
Post a Comment