STOCKHOLM - Bayi-bayi yang lahir menerusi pembedahan caesarean
berhadapan risiko lebih tinggi untuk mendapat penyakit leukemia, lelah
dan diebetes pada masa akan datang.
Sebuah akhbar semalam melaporkan, satu kajian oleh penyelidik
Institut Karolinska di Sweden, Professor Mik Norman mendapati, bayi yang
lahir menerusi pembedahan itu mengalami trauma kerosakan DNA sel darah
putih.
Menurut satu laporan yang diterbitkan menerusi kajian membabitkan 37
darah tali pusat, sebanyak 16 bayi yang lahir menerusi pembedahan
caesarean menunjukkan kerosakan DNA sel darah putih.
Sel-sel darah putih melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit.
Kata Norman, tahap risiko masih tidak diketahui. - Agensi
--- KOSMO
--- KOSMO
No comments:
Post a Comment