ADAKAH anak anda menggunakan puting bayi? Jika ya, anda mungkin perlu
menghadapi kenyataan yang pahit hasil penemuan terkini bidang
perubatan.
Kanak-kanak yang menggunakan puting bayi sebenarnya berisiko tiga
kali ganda menghadapi kesukaran bercakap ketika usia mereka menjelang
dewasa kelak.
Kajian saintis mendapati kanak-kanak prasekolah yang menggunakan
puting bayi sekurang-kurangnya selama tiga tahun lebih cenderung
mempunyai kesukaran membuat ucapan berbanding kanak-kanak yang langsung
tidak menggunakan alat tersebut.
Penyelidikan tersebut turut membuktikan kanak-kanak yang menghisap jari juga menghadapi risiko lambat bercakap.
Kajian yang dijalankan sebelum ini oleh The American and Chilean
adalah bagi mengetahui hubung kait antara tabiat suka menghisap ibu
jari, penyusuan ibu dan penggunaan puting bayi bagi menenangkan bayi
terhadap 128 orang kanak-kanak yang berumur antara tiga hingga lima
tahun.
Mereka juga menggunakan ujian linguistik bagi mengenal pasti tahap
normal perkembangan kebolehan bertutur dalam kalangan kanak-kanak
tersebut terutama yang melibatkan sebutan dan bunyi huruf.
Menurut ketua penyelidik dari Universiti Washington, Dr. Clarita
Barbosa, kanak-kanak yang menghisap jari, ibu jari atau puting bayi
untuk tempoh sekurang-kurangnya selama tiga tahun akan mengalami
gangguan dari segi perkembangan bahasa dan pertuturan sehingga tiga kali
ganda.
|
|
Berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu sehingga mencecah usia
sembilan bulan dan langsung tidak menggunakan botol susu, risiko
terhadap mereka amat rendah.
"Hasil ujian ini menjelaskan bahawa lebih lama penggunaan puting
bayi, kesukaran untuk bertutur akan semakin meningkat," jelas Barbosa.
Tambahnya, walaupun keputusan ini memerlukan bukti yang lebih
mendalam terutama melibatkan jangka masa penyusuan ibu, orang ramai
harus melihatnya sebagai langkah berjaga-jaga.
Perdebatan mengenai penggunaan puting bayi tersebut telah lama
merunsingkan ibu bapa kerana sesetengah kanak-kanak amat selesa
menggunakan puting tersebut bagi menenangkannya.
Doktor gigi bagaimanapun berkata, penggunaan puting bayi pada keadaan
tertentu berupaya mengubah pembentukan gigi apabila digunakan terlalu
lama.
Kajian itu dilakukan oleh sebuah pasukan dari de Rehabilitacion Club
De Leones Cruz del Sur dan Universiti Washington. Ia diterbitkan dalam
jurnal BMC Paediatrics.
Penggunaan secara berlebihan
Penggunaan puting bayi secara berlebihan, secara salah atau terlalu
lama sehingga melangkaui zaman persekolahan boleh membawa kepada masalah
mulut dan gigi.
Gejala-gejalanya ialah:
* Gigi beralih posisi - Gigi tertolak ke depan menyebabkan gigi bawah dan atas bahagian depan tidak bertemu dengan baik.
* Kerosakan gigi (bahagian depan) - Berlaku jika puting bayi dicelup ke dalam bahan manis sebelum dihisap.
* Bernafas melalui mulut - Anak anda mungkin akan lebih cenderung
untuk bernafas melalui mulut berbanding hidung. Keadaan ini boleh
menyebabkan anak mengalami masalah air liur meleleh berpanjangan.
* Masalah pertuturan dan bahasa - Anak anda mungkin tidak dapat
menggunakan sepenuhnya pergerakan lidah yang diperlukan untuk
menghasilkan semua sebutan dan peluang mereka mungkin lebih tipis untuk
menggunakan bunyi bagi tujuan berkomunikasi.
* Menggalakkan anak berhenti menggunakannya - Kebanyakan kanak-kanak
berhenti menghisap puting bayi, jari atau ibu jari pada umur antara dua
dan empat tahun. Bagaimanapun, menghisapnya terlalu lama melebihi enam
atau tujuh tahun (ketika gigi kekal sedang tumbuh) boleh mengakibatkan
masalah gigi dan mulut.
No comments:
Post a Comment