PENAFIAN:


Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor / pakar perubatan bertauliah
mengenai kesihatan anda.

Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera.

Tuesday, March 2, 2010

Tiada bayaran untuk semburan aedes (Utusan Malaysia)

Tiada bayaran untuk semburan aedes


Salleh Yusup memandu jentolak bagi membersihkan kawasan padang berhampiran SRK Setiawangsa pada majlis gotong-royong di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur, kelmarin.


KUALA LUMPUR 21 Feb. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menasihatkan orang ramai supaya membuat aduan kepada polis dan pihaknya jika didatangi pihak yang meminta bayaran atas khidmat pengasapan nyamuk aedes.

Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup berkata, ini kerana DBKL tidak pernah mengenakan sebarang bayaran atas perkhidmatan itu.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, pihaknya akan mengenakan tindakan terhadap mana-mana syarikat swasta yang mengenakan bayaran atas perkhidmatan semburan nyamuk di kawasan perumahan.

"Sekiranya perkara ini berlaku penduduk di kawasan terlibat boleh membuat laporan polis dan pihak DBKL akan mengenakan tindakan terhadap mereka.

"Kebiasaannya, syarikat swasta ini akan mengenakan bayaran sebanyak RM50 untuk sekali semburan," katanya ketika majlis perasmian gotong-royong perdana di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Setiawangsa di sini semalam.

Menurutnya, DBKL telah melantik lapan buah syarikat yang mempunyai lesen untuk melakukan pengasapan nyamuk di kawasan perumahan seluruh Kuala Lumpur.

"Penduduk dinasihatkan tidak memberi wang kepada syarikat tersebut sekiranya mereka meminta untuk pembayaran bagi perkhidmatan tersebut.

"Kita juga tidak pasti bahan yang digunakan untuk semburan adalah berkualiti atau sekadar asap biasa," tegasnya.

Sementara itu, kira-kira 500 orang terlibat dalam program gotong-royong perdana ini termasuk pelajar, guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pertubuhan bukan kerajaan dan DBKL.

Program itu dianjurkan oleh PIBG SRK Setiawangsa dan Pejabat Perkhidmatan Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

Salleh berkata, gotong-royong perdana ini bertujuan membersihkan kawasan takungan nyamuk, persekitaran sekolah dan tapak bersebelahan kawasan sekolah untuk dijadikan padang bagi kemudahan pelajar SRK Setiawangsa.

Tambahnya, program itu perlu sering diadakan walaupun jumlah kes demam denggi di Kuala Lumpur masih lagi dalam keadaan terkawal.

"Program pembasmian kawasan pembiakan nyamuk masih diteruskan dan penguatkuasaan terhadap mereka yang tidak menjaga kebersihan juga sentiasa dilakukan," ujarnya.

1 comment:

  1. PLEASE DO FOGGING IN JALAN TALALLA MOSQUITO A LOT BECAUSE OF VACANT
    LOT FULL OF TREE AND BUSHES

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...