PENAFIAN:


Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor / pakar perubatan bertauliah
mengenai kesihatan anda.

Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera.

Tuesday, March 2, 2010

300 murid keracunan makanan (Kosmo)

02/03/2010 11:17am

GUA MUSANG - Hampir semua 300 murid anak Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Pos Brooke, dekat sini, mengalami sakit perut, muntah dan pening dipercayai keracunan makanan selepas makan tengah hari di kantin asrama sekolah itu semalam.

Sebahagian mereka dikejarkan ke Hospital Gua Musang manakala sebahagian lagi dibawa ke Hospital Tanah Rata di Cameron Highlands.

Asrah Along, 47, berkata, anaknya bergegas pulang ke rumah mengadu sakit perut dan muntah selepas makan nasi berlauk telur rebus di kantin asrama sekolah terbabit hingga keadaannya menjadi letih selepas itu.

Bimbang dengan keadaan kesihatan anaknya yang letih, beliau membawa anaknya ke sekolah untuk dimaklumkan kepada guru.

"Kami pergi ke sekolah semula bersama anak kerana keadaannya semakin teruk dan terpaksa menunggu beberapa jam untuk dihantar ke hospital. Anak kami beritahu telur rebus yang dimakan itu berbau busuk dipercayai sudah lama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Halang Angah, 53, pula berkata, beliau terkejut apabila anaknya pulang dalam keadaan keletihan dan pakaian sekolah terkena muntah.

Beliau berkata, anaknya mengadu pening kepala sebelum merujuk perkara berkenaan kepada pihak sekolah. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...