PENAFIAN:


Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor / pakar perubatan bertauliah
mengenai kesihatan anda.

Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera.

Saturday, October 5, 2019

Cuepacs gesa kerajaan kaji semula cadangan penutupan ILKKM

Tarikh kemaskini: 04/10/2019


KUALA LUMPUR, 4 Okt -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), menggesa kerajaan agar mengkaji semula cadangan penutupan 33 Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) di seluruh negara, demi kebajikan kakitangan dan warga kerja di bawah KKM sendiri.

Sembilan ILKKM ditutup pada Julai lepas dan Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berharap agar kerajaan akan membatalkan rancangan penutupan 10 lagi ILKKM secara berperingkat mulai tahun ini.

"Dalam keadaan hari ini, dengan semua hospital dan klinik sama ada awam atau swasta yang sentiasa penuh, kita pula tidak dibekalkan lagi dengan pakar-pakar dan ilmu-ilmu kesihatan yang setaraf antarabangsa,” katanya selepas pertemuan bersama 20 gabungan kesatuan sekerja yang berada di bawah KKM di Wisma Cuepacs, di sini,hari ini.

"Kami difahamkan, kerajaan bercadang mahu tinggalkan 14 ILKKM di seluruh negara, tetapi itupun hanya untuk program lanjutan.

"Kami berpendapat untuk program lanjutan ini, ia tidak cukup dan membebankan penjawat-penjawat awam dalam melengkapkan kepakaran mereka, dalam kerja-kerja yang berkaitan dengan tugasan di bawah KKM," katanya.

Justeru, kata Azih, Cuepacs akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam masa terdekat, bagi membincangkan isu itu sebagai usaha mencari jalan penyelesaian yang lebih baik.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...