PENAFIAN:


Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor / pakar perubatan bertauliah
mengenai kesihatan anda.

Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera.

Wednesday, March 12, 2008

Angkara Salmonella typhi

Bakteria yang menjadi penyebab demam kepialu atau tifoid ini boleh dijangkiti daripada makanan tercemar atau najis pesakit.


SIMPTOM demam kepialu termasuklah demam panas, kekejangan perut, cirit-birit atau sembelit dan rasa badan yang tidak selesa.


LEBIH 1,400 individu menunjukkan simptom demam kepialu dalam masa kurang sebulan di sebuah bandar berhampiran ibu negara Filipina, Manila. 

Juga dikenali sebagai demam enterik (berkaitan dengan bahagian dalam usus), demam kepialu adalah sejenis penyakit yang berpunca daripada bakteria Salmonella typhi (S. typhi).


BEGINILAH rupa bakteria Salmonella typhi.



Merupakan penyakit umum di serata dunia, demam kepialu atau tifoid paling kerap berlaku di kalangan mangsa banjir. Jangkitan ini berlaku menerusi najis pesakit dan pembawa yang mencemarkan bekalan air atau makanan.

Bakteria tersebut kemudiannya berganda dalam aliran darah mereka yang tercemar sebelum diserap ke dalam saluran pencernaan dan disingkirkan melalui najis.

Salmonella sering dikaitkan dengan masalah keracunan makanan.

Pembawa S. typhi lazimnya tidak menunjukkan gejala demam kepialu kerana keupayaan tubuhnya menentang jangkitan bakteria itu. Namun malangnya, bakteria tersebut tidak dapat dibunuh dengan mudah.
Keadaan yang serius dan tidak dirawat segera mungkin mengakibatkan pesakit mula meracau, pengsan, koma dan berkemungkinan meninggal dunia akibat kekurangan air di dalam badan.
DEMAM kepialu paling kerap berlaku di kawasan-kawasan banjir.


Menurut jurucakap kesihatan, keadaan tersebut telah menggesa pihak berkuasa mengisytiharkan keadaan bencana di kawasan terbabit. 

"Pasukan kesihatan tambahan telah dihantar untuk membantu para doktor yang berada di Calamba menjalankan pemantauan penyakit," kata Setiausaha Kesihatan, Francisco Duque. 

Menurut Dr. Dennis Labro, jurucakap untuk pejabat kesihatan bandar Calamba, saripada 1,477 individu yang mengalami simptom demam kepialu, 436 telah menerima rawatan di enam hospital di bandar itu, manakala selebihnya di pusat-pusat kesihatan komuniti tempatan sejak 16 Februari lalu. 

"Hanya 37 daripada kes-kes tersebut telah disahkan melalui ujian darah disebabkan ujian demam kepialu adalah mahal," kata Labro. 

Setakat ini, tiada kematian yang dilaporkan. Tambah Labro, wabak tersebut tertumpu di lima buah kampung bersebelahan Calamba. Ia terletak kira-kira 55 kilometer dari Manila dan bakteria salmonella mungkin merupakan punca penyakit berkenaan tersebar melalui sistem air.
JANGKITAN boleh berlaku daripada makanan yang tercemar.


Sungguhpun demikian, Labro berharap wabak tersebut berada dalam kawalan. 

"Masih terdapat kes yang dilaporkan, tetapi jumlah ini jauh lebih kecil berbanding apa yang diterima pada hari-hari sebelum," katanya. 

Wabak demam kepialu adakalanya berlaku di Filipina, khasnya di kawasan-kawasan di mana wujudnya makanan atau air yang tercemar dan tahap kebersihan yang rendah. 

Pada kebiasaan simptom demam kepialu termasuk demam panas, kekejangan perut, cirit-birit atau sembelit dan rasa badan yang tidak selesa. 

Dalam kes-kes yang ekstrem, usus kecil boleh koyak, membawa kematian sekiranya dibiarkan atau menerima rawatan yang tidak betul. 

Labro berkata, hospital kerajaan di bandar tersebut yang mempunyai 50 katil itu begitu ramai pesakit semasa wabak itu memuncak pada 25 sehingga 27 Februari lalu sehingga mengakibatkan koridor-koridor telah digunakan untuk meletakkan mereka. 

Bandar itu telah mengisytiharkan keadaan bencana pada awal Mac lalu, membenarkan ia dengan serta-merta mengeluarkan dana kecemasan bagi pembelian antibiotik dan titisan intravena.

Palang Merah dan jabatan kesihatan negara tersebut turut menghantar ubat-ubatan dan para doktor untuk mengendalikan wabak tersebut. - AP

--- KOSMO

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...