PENAFIAN:


Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor / pakar perubatan bertauliah
mengenai kesihatan anda.

Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera.

Sunday, February 17, 2013

Jantung terasa bagai ditekan


Tidak semua sakit dada diakibatkan oleh serangan jantung. Ada pelbagai sebab yang mampu menyebabkan sakit pada bahagian dada yang hampir sama simptomnya dengan serangan jantung.

Kebiasaannya, sakit dada disebabkan otot dan tulang rangka paru-paru serta hanya beberapa peratus kecil yang datang ke unit kecemasan dengan masalah ini adalah serangan jantung.

Serangan jantung yang ‘klasik’ ialah sakit di bahagian tengah atau kiri dada. Ia bukan terasa sakit tetapi digambarkan seperti jantung ‘ditekan’ dan terasa berat pada bahagian itu.

Ini disertai dengan kebas pada bahagian tangan kiri, dagu kiri, berpeluh, pening dan muntah. Biasanya orang yang diserang serangan jantung akan menunjukkan bahasa badan yang ‘klasik’ iaitu memegang kedua-dua tangan pada bahagian dada kiri dan badan menunduk sedikit.

Untuk mengesahkan ‘sakit’ itu adalah serangan jantung, dua ujian penting perlu dijalankan. Pertama dipanggil electrocardiogram (ECG). Ujian ini dilakukan di mana beberapa wayar diletakkan pada dada dan empat anggota badan.

Ujian ini dapat membantu mengesahkan berlaku serangan dan lebih penting, kemungkinan bahagian jantung mana yang mengalami masalah.
Ujian kedua ialah ujian darah. Ketika serangan jantung berlaku, sel jantung tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi.

Oleh itu, ia akan ‘cedera’ atau ‘mati’. Sel ini akan merembeskan enzim yang boleh dapat dikenal pasti dengan ujian darah berkenaan.
Jika simptom diberikan adalah ‘klasik’ serangan jantung, ujian ECG dan ujian darah memberikan tanda serangan jantung, rawatan segera akan diberikan bergantung pada jenis serangan.

Selain ubatan, prosedur dipanggil angiogram akan dijalankan, di mana lokasi tepat sumbatan pada salur darah jantung dapat dikenal pasti dan diatasi dengan menggunakan alat tertentu.

Jika rawatan dimulakan dalam masa enam jam selepas bermulanya serangan jantung, peluang untuk pesakit selamat lebih tinggi.

Bagi mereka yang berumur lebih 40 tahun, mempunyai sejarah keluarga sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis, perokok atau minum minuman keras, anda dinasihatkan menjalani ujian saringan dipanggil stress test.

Ujian ini dijalankan bagi mereka yang mempunyai risiko itu dan tidak mempunyai simptom supaya salur darah jantung yang tersumbat di peringkat awal dapat dikenal pasti dan dirawat dengan segera sebelum terlambat.

--- HARIAN METRO

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...