Pemandangan Pusat Kawalan Kusta Negara ( Foto Laman Wed Rasmi Jabatan Warisan Negara)
KUALA
LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Sejarah penyakit kusta di Malaysia perlu
dipelihara kerana ia mencerminkan legasi yang boleh dijadikan sumber
rujukan generasi muda.
Pengarah Hospital Sungai Buloh Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata setiap orang perlu mengambil bahagian dalam melindungi serta memelihara warisan dan kenangan bersama masyarakat yang terjejas akibat penyakit itu.
"Kita semua perlu bekerjasama bagi memastikan warisan ini dipelihara agar generasi muda boleh belajar daripadanya.

Bangunan wad pesakit (Foto Laman Web Rasmi Jabatan Warisan Negara)
"Pusat Kawalan Kusta Negara (NLCC) di Sungai Buloh merupakan pusat
kedua terbesar di dunia. Kita boleh mempromosi dan memeliharanya,"
katanya dalam ucapan pembukaan pada Simposium Antarabangsa Pertama
mengenai Pemeliharaan Warisan dan Kenangan Bersama Masyarakat Terjejas
Akibat Kusta di sini, Jumaat.
Pusat seluas 226.6 hektar (560 ekar) itu, yang dibuka pada 1930, antara pusat warisan kusta terbesar dengan konsep kendiri dan bandar taman terancang yang menyediakan kemudahan awam dan zon pertanian luas.
Pada masa ini, kira-kira 200 bekas pesakit kusta yang masih tinggal di pusat itu.
Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara Dr Zainah Ibrahim berkata NLCC mempunyai nilai penting sejarah, seni bina dan budaya yang boleh dikemukakan untuk pencalonan Tapak Warisan Dunia UNESCO.
"Saya menyokong penuh idea ini kerana ia merupakan cara terbaik mengenang peristiwa penting dalam sejarah manusia sebelum penyakit berkenaan dihapuskan sepenuhnya pada masa akan datang.
"Tetapi, kita perlu mengikuti proses pencalonan dengan kita perlu ke peringkat kebangsaan sebelum mengemukakan pencalonan yang akan dinilai Jawatankuasa Warisan Dunia," jelasnya.
Persidangan itu, yang membabitkan peserta tempatan dan antarabangsa, menjadi platform untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman pelbagai pihak dalam melindung dan memelihara sejarah kusta.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment