PENAFIAN:


Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor / pakar perubatan bertauliah
mengenai kesihatan anda.

Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera.

Tuesday, January 7, 2020

10 kompaun kesalahan merokok di Labuan

Tarikh kemaskini: 07/01/2020



LABUAN, 7 Jan -- Seramai 10 perokok dikenakan kompaun berjumlah RM2,500 atas kesalahan merokok di premis makanan sepanjang tempoh operasi penguatkuasaan larangan merokok di kawasan itu pada 1 hingga 4 Jan lepas.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata kompaun itu dikeluarkan di bawah Peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 (Pindaan) 2018.

Beliau berkata sebanyak 144 premis makanan diperiksa sepanjang empat hari operasi yang diadakan di sekitar Labuan dan tiada notis dikeluarkan kerana pemilik premis mematuhi peraturan mempamerkan tanda larangan merokok di premis masing-masing.

“Bagaimanapun, sebuah premis makanan diarah tutup sementara atas kesalahan melanggari aspek kebersihan ketika operasi larangan merokok itu dijalankan,” katanya.

Sebelum pelaksanaan penguatkuasaan penuh larangan merokok di premis makanan, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Labuan telah menjalankan sesi kesedaran dan pendidikan selama setahun dengan mengadakan pelbagai program di serata Labuan.

“Sepanjang tahun 2019, sebanyak 2,033 lawatan premis dijalankan untuk menjayakan kempen kesedaran dan pendidikan bagi tujuan penguatkuasaan PPKHT 2004 (Pindaan) 2018 tahun ini,” katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...