PENAFIAN:


Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor / pakar perubatan bertauliah
mengenai kesihatan anda.

Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera.

Saturday, May 30, 2020

Kes denggi di Negeri Sembilan meningkat 11.6 peratus


28/05/2020 11:55 AM


SEREMBAN, 28 Mei  -- Jumlah kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan bagi tempoh Januari hingga 23 Mei lepas merekodkan peningkatan 11.6 peratus iaitu 1,138 kes berbanding 1,020 kes dalam tempoh sama tahun lepas. 

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan berkata pada minggu ke-21 sahaja iaitu dari 17 Mei hingga 23 Mei, sebanyak 64 kes direkodkan. 

“Taburan kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan pada tahun ini iaitu sebanyak 937 kes di daerah Seremban, 48 kes (Port Dickson), 47 kes (Rembau), 38 kes (Tampin), 33 kes (Jempol), 19 kes (Kuala Pilah) dan 16 kes di daerah Jelebu.

“Terdapat satu kes kematian denggi dilaporkan di daerah Seremban menjadikan kumulatif kematian denggi sebanyak empat kes (bagi Januari) sehingga 23 Mei 2020 berbanding lima kes pada tempoh yang sama tahun 2019,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Beliau berkata kumulatif lokaliti wabak yang masih aktif adalah sebanyak 23 lokaliti dengan 21 lokaliti di daerah Seremban dan satu lokaliti masing-masing di daerah Rembau dan Kuala Pilah.

“Aktiviti pencegahan dan kawalan diteruskan pada masa ini walaupun Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan mulai 18 Mac, dengan  aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan Aedes ditumpukan di luar premis kediaman dan kawasan persekitaran, aktiviti larviciding, semburan pengasapan dan promosi kesihatan. 

“Manakala operasi gempur Aedes dan gotong-royong yang melibatkan masyarakat telah ditangguhkan,” katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...