PENAFIAN:


Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor / pakar perubatan bertauliah
mengenai kesihatan anda.

Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera.

Tuesday, March 9, 2010

Sawan boleh diubati

Bersama Dr Fadzillah Ghazali

bminggu@bharian.com.my

Gangguan pada arus elektrik dalam otak dikenal pasti sebagai punca penyakit

SOALAN:

DOKTOR, anak saya disahkan mengalami penyakit sindrom nefrotik. Adakah penyakit ini boleh diubati? Bagaimana pula dengan pemakanannya? Adakah diet tertentu yang harus diambil?

Selain itu, seorang anak saudara saya menghidapi penyakit sawan sejak umur enam bulan. Dia diserang sawan dua kali dalam sebulan. Dia masih masih bergantung pada ubat epilepsi yang diberi oleh hospital kerajaan. Adakah cara lain untuk mengatasi masalah ini.

Ahmad Kamal.

JAWAPAN:

Penyakit sindrom nefrotik ialah sejenis masalah buah pinggang yang kronik. Ia disebabkan oleh kehilangan protein yang berlebihan di dalam air kencing. Air kencing biasa tidak mengandungi bahan protein. Ini menyebabkan di sekeliling mata, muka dan kakinya bengkak.

Air kencing juga nampak kotor, berbuih dan berkurangan. Penyakit ini boleh diubati dengan rawatan steroid. Jika tidak ada kes berulang dalam masa lima tahun, peluang untuk kes tidak berulang sehingga dewasa adalah lebih tinggi.

Pemakanan kanak-kanak yang menghidap penyakit ini sama seperti kanak-kanak biasa. Kurangkan pengambilan garam dalam makanannya terutama makanan ringan dan makanan yang diproses. Lebihkan mengambil makanan yang tinggi kandungan protein.

Mengenai masalah sawan, seperti yang diketahui, penyakit sawan ialah sejenis penyakit kronik yang memerlukan rawatan jangka panjang. Ia terjadi disebabkan gangguan pada arus elektrik dalam otak iaitu manifestasi yang terjadi bergantung pada bahagian saraf otak yang terbabit.

Sekiranya menjejaskan keseluruhan bahagian otak, ia akan menyebabkan grand mal epilepsi. Sekiranya anak saudara masih mendapat sawan walaupun mengambil ubat sawan secara berterusan, beberapa perkara perlu dikaji semula sama ada:

  • Dos ubat yang diambil mencukupi,

  • Ubat yang diberi bersesuaian untuk jenis sawan yang dihidapi dan,

  • Perlu penambahan ubat yang lain atau tidak.

    Tujuan utama rawatan penyakit sawan ialah memastikan pesakit tidak lagi diserang sawan dan dapat menjalani kehidupan dengan normal. Sekiranya tiada diserang sawan selama dua tahun dan ujian ulangan EEG adalah normal, ubat sawan mungkin boleh diberhentikan.

    Secara amnya, kanak-kanak yang menghidap sawan mempunyai IQ yang lebih rendah dan mengalami masalah dalam membaca, mengeja dan mengira. Ini mungkin disebabkan oleh kerosakan pada bahagian otak yang menyebabkan sawan. Sesetengah ubat sawan juga boleh menyebabkan anak kurang cergas dan hilang tumpuan ketika belajar.

  • Bagi anda yang memiliki kemusykilan mengenai kesihatan, sila hantarkan soalan kepada "Doktor di Berita Minggu" melalui e-mel, bminggu@bharian.com.my atau melalui pos di alamat Berita Minggu, Berita Harian Sdn Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

    Jawapan disediakan oleh: Dr Fadzillah Ghazali, Pakar Runding Kanak-Kanak, Pusat Perubatan Darul Ehsan.
  • --- BERITA HARIAN

    8 comments:

    1. bru2 ney adik sya tiba2 pengsan,badannya kejang dan mengeras...tapi mulut nya tak mengeluarkan apa2 cecair...dan perkara ney da berlaku buat kali ke3.....pertanyaan sya, adakah adik sya menghidapi penyakit sawan atau tak...?

      ReplyDelete
    2. Salam.. saya fara.. bbrapa ari yang lps, ank sdara sy tlh mngalami kejang.. Memang dia tgh demam sikit skrg ni tp bdnnya x berapa pns.. pastu tiba2 ada satu ketike, tgn dia mcm tsentak2 dan mata dia mcm nk pndang ke atas je, mcm nk kene tarik.. ni kali ke-2 dia kene.. then family cpt2 bw g klinik swastsa.. erm.. sy tkt sakit ni berulang lg n apa kesan jangka pjg yg mungkin dia alami. umurnya lingkungn 1 thn 6 bln tp dia seorang yg cergas, pintar n cpt belajar.. mcm mana nk elakkan pnyakit ni dr blaku, selain penggunaan ubat2 moden?

      ReplyDelete
    3. Salam, budak lelaki 19 tahun tak boleh nampak atau mendengar apa yang mengaitkan tentang keluarga yang telah menyusakan keluarga mereka dulu.Dia akan manjadi marah, badan kejang dan pengsan. Tak ada makan ubat. Boleh d ubati ke?

      ReplyDelete
    4. salam saya nishah..saya berumur 22 tahun...saya mendapat penyakit sawan sejak umur 12 tahun..selepas umur 17 thun...saya dah tak kene sawan lg...alhamdulillah...tapi...entah kenapa tetiba penyakit sy dtg balik...baru-baru ni..apa puncanya saya pon tak thu..ubat saya makan..kekadg saya rasa malu...semua kawan-kawan lari tak nak kawan ngn saya...ini mungkin dugaan untuk sy..1 lg soalan,knp ubat sawan boleh menyebabkan otak menjadi tak cergas...??

      ReplyDelete
    5. cuba lah produk SNE.. insyaallah berjaya.. yg penting ada usaha

      ReplyDelete
    6. Salam hormat.Antara punca sawan yg saya pernah rawat ialah disebabkan masalah gangguan makhluk halus.Tetapi ramai yg tidak tahu kerana hanya rujuk dgn doktor hospital.Bagi sesiapa yg masih belum sembuh bolehlah berikhtiar dgn kaedah Holistik yg saya amalkan di klinik saya.Pusat Rawatan Fitrah Healthcare Centre No 7 Jln SG 3/1 Tmn Sri Gombak Batu Caves Selangor. Temujanji 0196676236 -Dr Wan

      ReplyDelete
    7. salam..sy umur 22..sy jadi sawan pada bahagia pipi sahaja..dh seminggu duduk di hospitsl kerajaan.. mkn ubat yg disyorkn pun masih jd jgak.. sakit pipi sy asyik tarik tarik.. harap pihak tuan dpt mmberi pendapat kepada saya dbmsem03@yahoo.com

      ReplyDelete
    8. Świetna sprawa. Pozdrawiam serdecznie.

      ReplyDelete

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...