PENAFIAN:


Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor / pakar perubatan bertauliah
mengenai kesihatan anda.

Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera.

Tuesday, March 2, 2010

Wanita muda dijangkiti H1N1 meninggal (Kosmo)

02/03/2010 1:02pm

KUALA LUMPUR - Seorang wanita berusia 22 tahun mati Ahad lepas di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan kerana jangkitan Influenza A (H1N1).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, wanita itu dimasukkan ke HUSM pada 15 Februari lepas kerana mengalami demam dan batuk selama lapan hari.

Mangsa telah mendapat rawatan di klinik swasta dan dirujuk terus ke HUSM pada hari yang sama.

Wanita itu disahkan sebagai dijangkiti jangkitan H1N1 pada 16 Februari dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat komplikasi jangkitan paru-paru keesokan hari.

"Pesakit meninggal dunia dua minggu kemudian dengan penyebab kematian dicatatkan sebagai ‘septicemic shock with acute respiratory distress syndrome secondary to H1N1 infection’,” kata Tiong Lai dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, angka kematian tempatan akibat H1N1 ialah 77.

Beliau berkata, walaupun jangkitan H1N1 dikatakan sebagai ”secondary" dan penularannya masih rendah namun ia boleh menyebabkan kematian jika rawatan awal tidak diambil. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...