PENAFIAN:


Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor / pakar perubatan bertauliah
mengenai kesihatan anda.

Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera.

Thursday, November 12, 2015

Penyakit Psoriasis

Cabaran stigma sosial psoriasis

RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM  |  08 November 2015 4:00 PM


KIM Kardashian bersikap terbuka berkongsi mengenai penyakit psoriasis yang dihidapinya dan mahu masyarakat lebih memahami ia.

MALU, rendah diri, murung, terpencil dan sekali-sekala terasa hendak membunuh diri kerana penyakit tidak dapat diubati, itulah antara keluhan yang sering didengari dalam kalangan pesakit psoriasis apabila ditemubual.

Sesungguhnya, psoriasis merupakan penyakit serius yang membebankan dan mempunyai impak negatif kepada kualiti hidup seharian tetapi sering menjadi stigma sosial dan kurang difahami dalam kalangan masyarakat.

Sekitar satu hingga tiga peratus populasi dunia menghidapi penyakit ini. Menurut kajian yang dipaparkan di Jurnal Perubatan Malaysia, dua hingga enam peratus pesakit baru yang berjumpa pakar kulit di hospital kerajaan didapati mempunyai penyakit psoriasis dan laporan tahunan Pejabat Pendaftaran Psoriasis Malaysia menyatakan seramai 12,000 telah berdaftar sehingga tahun 2015.

Radang kulit yang sukar disorok dengan rupa tompok-tompok merah tebal serta bersisik di kulit yang senang dilihat mengundang jelingan orang di sekeliling dan muncul stigma negatif yang membuatkan ramai penghidap psoriasis disisih masyarakat dan tidak mendapat layanan sama seperti orang lain.

Stigma seperti radang kulit tersebut boleh berjangkit melalui sentuhan dan pelukan serta merasakan ia sesuatu yang parah seperti kanser merupakan perkara biasa yang sering diterima mereka yang menghidap psoriasis.

Hakikatnya, penghidap psoriasis dapat menjalankan kehidupan seperti biasa dan orang ramai tidak perlu bimbang untuk bersosial dengan mereka seperti biasa kerana ia tidak berjangkit apa lagi memudaratkan mereka.

Ujar Pakar Perunding Dermatologi, Hospital Pulau Pinang dan KPJ Penang Specialist Hospital, Dr. Khor Yek Huan, cabaran stigma sosial terhadap psoriasis perlu ditangani dengan memberi kefahaman kepada orang ramai tentang apa itu penyakit psoriasis yang sebenarnya.

Selain itu, rawatan awal juga amat ditekankan kepada penghidap psoriasis kerana walaupun ia tidak dapat diubati, gejala penyakit tersebut boleh dikawal dengan rawatan yang sepatutnya.

“Psoriasis merupakan penyakit kulit yang bersifat keturunan dan autoimum yang mana sistem imum badan sendiri menyerang dan menyebabkan radang kulit. Akibat daripada serangan sistem imum badan, sel darah putih khas yang bernama limfosit berkumpul di bahagian lapisan bawah kulit dan menghasilkan bahan kimia biologi iaitu cytokine.

“Bahan ini mempercepatkan proses penumbuhan dan penggantian kulit daripada 30 hari dalam individu yang normal kepada lima hingga tujuh hari hari dalam pesakit psoriasis. Kulit berlebihan yang dihasilkan bersama dengan proses keradangan akan menyebabkan pembentukan tompok-tompok merah tebal serta bersisik yang kelihatan di permukaan kulit,” ujarnya yang juga merupakan ahli Persatuan Dermatologi Malaysia.

Lebih daripada 40 lokasi gen sudah dikenalpasti sebagai pembawa psoriasis dan dalam kalangan gen itu, HLA cw-6 di lokasi PSOR-1 dan CARD4 merupakan gen pembawa yang paling dikenali.

Rawatan awal

Psoriasis merupakan penyakit yang sukar disorok kerana tompok-tompok merah di kulit senang dilihat oleh orang. Pesakit-pesakit Psoriasis mempunyai kualiti hidup yang rendah, sering disisihkan oleh kawan-kawan dan ahli-ahli keluarga, mempunyai keyakinan diri yang rendah dan berasa malu kerana penyakit mereka.

Terang Dr. Khor, rawatan awal amat penting bagi penghidap psoriasis kerana selain dapat meningkatkan kualiti hidup dengan mengawal gejalanya, ia juga bagi mengelakkan masalah-masalah lain yang berkait rapat.

“Dalam kes yang ekstrem, pesakit menjadi murung dan berkecenderungan untuk membunuh diri. Mengikut kajian, terdapat seramai 10 peratus pesakit psoriasis pernah berfikir tentang bunuh diri.

“Selain itu, radang sendi perlu dikesan awal supaya rawatan dapat diberikan untuk mencegah kecacatan. Kajian terbaru juga menunjukkan pesakit psoriasis berisiko tinggi untuk menghidap kencing manis, darah tinggi, penyakit kolesterol, obesiti, kanser, penyakit auto-imun dan penyakit jantung koronari yang memendekkan jangka hayat pesakit psoriasis.

“Risiko untuk mendapat penyakit jantung juga boleh dikurangkan dengan rawatan awal psoriasis yang berkesan,” ujarnya.

--- UTUSAN MALAYSIA

Cabaran stigma sosial psoriasis

- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/cabaran-stigma-sosial-psoriasis-1.156067#sthash.BWdeZnUz.dpuf

Cabaran stigma sosial psoriasis

- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/cabaran-stigma-sosial-psoriasis-1.156067#sthash.BWdeZnUz.dpuf

Cabaran stigma sosial psoriasis

- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/cabaran-stigma-sosial-psoriasis-1.156067#sthash.BWdeZnUz.dpuf

Cabaran stigma sosial psoriasis

- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/cabaran-stigma-sosial-psoriasis-1.156067#sthash.BWdeZnUz.dpuf

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...