PENAFIAN:


Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor / pakar perubatan bertauliah
mengenai kesihatan anda.

Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera.

Wednesday, November 27, 2019

Tiada kematian akibat H1N1 di Sarawak seperti ditularkan - Dr Jamilah

Tarikh kemaskini: 26/11/2019



KUCHING, 26 Nov -- Jabatan Kesihatan Sarawak menafikan tiga kes kematian di Hospital Umum Sarawak baru-baru ini adalah akibat jangkitan Influenza H1N1 seperti yang ditularkan menerusi media sosial.

Pengarahnya Dr Jamilah Hashim berkata hasil siasatan mendapati ketiga-tiga kes kematian mempunyai sampel klinikal positif untuk Influenza A, namun jangkitan bagi ketiga-tiganya tiada kaitan antara satu sama lain.

Berdasarkan ujian lanjut virus influenza pula, katanya kes pertama adalah negatif untuk H1N1, manakala dua lagi masih belum diperolehi keputusannya.

“Namun demikian, ketiga-tiga kes tersebut tergolong dalam kalangan individu berisiko tinggi. Siasatan juga mendapati tiada jangkitan kes baharu atau kluster yang dilaporkan susulan daripada setiap kes tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Seorang pengguna aplikasi WhatsApp dengan nama “Nancy Nursery” baru-baru ini memuat naik status dengan memetik Ketua Jururawat Jabatan Kecemasan Trauma Hospital Umum Sarawak mendakwa bahawa tiga kematian terbaharu hospital berkenaan adalah disyaki akibat jangkitan Influenza H1N1 namun tidak pasti dari mana punca jangkitan itu diperolehi.

Jelas Dr Jamilah, kebiasaanya jangkitan disebabkan virus influenza bermusim hanya menyebabkan demam selesema ringan, namun boleh menyebabkan jangkitan teruk kepada kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan penghidap penyakit kronik sehingga boleh menyebabkan kematian.

Katanya kejadian berkaitan jangkitan pernafasan termasuk influenza ini sentiasa dipantau rapi Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengesan kejadian luar biasa dengan melihat kadar konsultasi kes ‘influenza like-illness (ILI)’ dan jumlah pesakit dimasukkan ke hospital dengan jangkitan saluran pernafasan akut.

Berdasarkan trend yang direkodkan dari aktiviti pemantauan tersebut, katanya kes ILI didapati mencatatkan peningkatan dalam julat normal sejak awal November 2019.

“Trend yang direkodkan ini hampir sama dengan trend tahun-tahun sebelumnya. Malah, analisa terhadap virus influenza yang dikesan dari aktiviti pematauan ini tidak menunjukkan sebarang tanda ia telah mengalami mutasi sehingga mencetuskan kemunculan virus influenza baharu (novel virus),” katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...