PENAFIAN:


Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor / pakar perubatan bertauliah
mengenai kesihatan anda.

Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera.

Thursday, September 26, 2019

Polio

Jenis-jenis polio

👉 Jangkitan virus polio boleh dibahagikan kepada dua iaitu tidak paralitik (tidak menyebabkan kelumpuhan) dan paralitik (menyebabkan lumpuh, biasanya pada anggota kaki).


Golongan berisiko tinggi

👉 Polio menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal usia, tetapi kadar kejadian yang tinggi terjadi pada kanak-kanak yang berusia di bawah lima tahun.
Diagnos

👉 Penyakit ini boleh didiagnos secara klinikal (sejarah dan tanda-tanda penyakit), pengesanan kehadiran virus dalam najis, farinks dan cecair sekeliling saraf tunjang serta melalui pengesanan antibodi di dalam darah pesakit.

👉 penyakit ini menular melalui sentuhan, makanan dan minuman yang tercemar dengan virus di dalam najis orang yang dijangkiti oleh virus polio.

👉 Perebakan melalui cecair mulut dan tekak boleh juga berlaku tetapi amat jarang.
``Virusnya memasuki usus melalui mulut, farinks dan berkembang biak di dalam usus. Virus boleh dikesan di bahagian farinks dan najis sebelum seseorang itu menunjukkan sebarang gejala penyakit.

👉 Lebih kurang seminggu selepas jangkitan, virus di farinks mula berkurangan tetapi ia masih dikeluarkan melalui najis selama beberapa minggu selepas jangkitan dan kadangkala sehingga sebulan.

👉 Virus kemudian memasuki sel limfoid seterusnya ke dalam aliran darah dan disalurkan ke sel-sel saraf termasuk saraf otak.



👉 Penularan boleh berlaku dalam masa tujuh hari sebelum dan 10 hari selepas seseorang itu menunjukkan gejala penyakit.

👉 Walau bagaimanapun, jangkitan boleh juga berlaku selagi terdapat virus di dalam farinks dan najis pesakit.Virus boleh berada di dalam farinks lebih kurang seminggu selepas dijangkiti dan di dalam najis, untuk beberapa minggu, kadangkala sehingga sebulan.


Adakah polio boleh dirawat?

👉 Polio tidak boleh dirawat, kita hanya boleh mencegahnya. Rawatan hanyalah merupakan rawatan pemulihan akibat dari komplikasi yang terjadi.


Imunisasi

👉 Polio boleh dicegah melalui imunisasi vaksin pencegah polio. Terdapat dua jenis vaksinasi polio iaitu melalui suntikan - IPV (Injection Polio Vaccine), dan OPV (Oral Polio Vaccine), vaksin yang diberikan melalui titisan mulut.

👉 Vaksin polio yang diberikan kepada setiap kanak-kanak mengikut aturan dan jadual yang betul akan dapat memberi perlindungan sepanjang hayat.

👉 Di Malaysia, semua kanak-kanak di bawah umur setahun harus dilengkapi dengan tiga dos OPV yang diberikan ketika berumur dua, tiga dan empat bulan.
Dos tambahan diberikan pada umur satu setengah tahun dan lima hingga tujuh tahun. Vaksin ini diberikan bersama imunisasi tiga serangkai.

👉 Hanya selepas suntikan ketiga, barulah tubuh kanak-kanak dapat menghasilkan antibodi melawan virus polio. Orang dewasa yang ingin ke negara yang endemik juga disaran mendapatkan imunisasi ini.

👉 Vaksin adalah selamat. Kesan sampingan yang serius amat jarang ditemui di kalangan kanak-kanak yang normal.

👉 Jika kita tidak melindungi anak-anak kita dengan imunisasi vaksin pencegah polio secara teratur serta tidak mengamalkan amalan kebersihan yang sepatutnya, tidak mustahil kita akan dijangkiti oleh penyakit ini.

👉 Dalam dunia moden pergerakan orang yang dijangkiti dari satu negara ke negara yang lain tidak dapat kita hindari.

👉 Penyakit polio hanya dapat dicegah sepenuhnya jika semua negara di dunia ini dapat menghapuskan penularan penyakit melalui imunisasi pencegahan sepenuhnya.- utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...