PENAFIAN:


Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor / pakar perubatan bertauliah
mengenai kesihatan anda.

Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera.

Sunday, September 29, 2019

Senarai Semak Untuk Menyambut Kelahiran di Hospital

Berikut adalah panduan untuk ibu bapa yang bakal menyambut kelahiran bayi yang bakal lahir di hospital. Betapa pentingnya untuk kita siapkan senarai semak ini kerana persiapan saat akhir akan menjadikan keadaan sedikit kalut, jadi ada baiknya untuk kita pesiapkan 4 bulan lebih awal dari tarikh jangkaan si ibu bakal bersalin. Sebagai contoh, kelahiran bayi anda dijangka pada awal september jadi pada bulan May atau bulan ke-6 mengandung anda perlu siapkan semua kelengkapan ini.


Kemudian sediakan 2 beg iaitu satu khusus untuk barang dan keperluan bayi dan satu lagi untuk keperluan ibu. Perlu diingat, 2 beg ini jangan diletak di mana-mana tempat ya. Pastikan beg ibu dan bayi tadi terus diletak di dalam kenderaan utama anda. Merujuk contoh diatas, beg-beg ini perlu terus dimuatkan di dalam boot kenderaan pada bulan May.

Kenapa perlu persiapan 3 bulan awal? Ini kerana sesetengah kelahiran awal bulan biasanya berlaku pada bulan ke-7 atau mungkin lebih awal.

Sekarang ambil perhatian senarai semak dibawah. Cari dan lengkapkan segera:-


Senarai keperluan bayi di hospital
* 2-3 helai tuala mandi
* 2-3 helai selimut
* 20-30 helai kain lampin / lampin pakai buang
* 2 pin besar (jika perlu)
* 4-5 helai seluar kalis air
* 4-5 helai baju / baju sejuk
* 4-5 pasang seluar panjang
* 4-5 pasang sarung kaki dan sarung tangan

Senarai keperluan ibu di hospital
* 1 helai tuala mandi
* 1 helai tuala muka
* 20 keping tuala wanita bersalin
* 4-5 helai baju tidur (boleh dibuka di bahagian hadapan, memudahkan untuk menyusu bayi)
* 1 helai pakaian biasa
* 2-3 pasang stokin
* 1 pasang selipar
* 3 helai coli khas untuk menyusu
* 2 pasang pelapik coli
* 5 helai seluar dalam pakai buang
* sikat
* berus gigi dan ubat gigi
* barang-barang mandian / kosmetik (bedak,sabun dll)
* pakaian untuk pulang ke rumah

Senarai yang perlu dibawa oleh bapa
* surat rujukan doktor dan GL
* kad pengenalan anda
* kad pengenalan suami anda
* surat nikah
* wang

Lain-lain keperluan
* Sebotol air mineral
* Bekas air panas
* Pinggan, gelas, sudu, garfu


di bilik bersalin atau labour room si suami perlu pastikan sepasang baju bayi, sekeping lampin bayi, dan sehelai selimut dibawa masuk.

Jangan berlengah lagi.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...